Kisah Nabi Adam & Nabi Idris (Dwibahasa Arab-Melayu)
Author: Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī (Ibn Kathir) – W: 774H
Publisher: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 9789672910350
Page: 321 m/s
Year:
Price: RM42
Buku ini merupakan terjemahan bagi salah satu bab dalam kitab al-Bidāyah wa al-Nihāyah karangan Imām ibn Kathīr (w. 774H). Bab yang diterjemahkan itu merupakan bab keempat dan kelima yang diberi tajuk: Qisas al-Nabiyyin Adam wa Idris ‘alayhima al-salam (Kisah Para Nabi: Adam & Idris ‘alayhima al-salam).
Seperti yang tertera pada tajuk bab tersebut, buku ini membahaskan tentang sejarah penciptaan bapa sekalian manusia, Nabi ‘Adam dan keturunan beliau Nabi Idris ‘alayhima al-salam. Banyak perkara menarik dan juga khilaf para ulama yang dibahaskan oleh penulis dalam buku ini, ketika beliau menghimpunkan riwayat-riwayat kisah tentang Nabi Adam.
Antara yang menarik adalah tentang jenis syurga yang Nabi Adam dan Hawwa’ diami sebelum diturunkan ke dunia, adakah syurga tersebut merupakan syurga yang sama akan didiami oleh para Mukmin di akhirat kelak? Atau hanya syurga sementara sahaja?
Dan banyak lagi perbahasan-perbahasan menarik untuk kita baca dan renung akan kebesaran Allah ta’ala, yang para pembaca akan temui dan telusuri sepanjang perjalanan dan penerokaan terhadap sebuah khazanah ilmu sejarah yang sangat berharga diwariskan kepada kita daripada penulis, Imam Ibn Kathir – semoga Allah merahmati beliau -.
Antara senarai isi kandungan menarik dalam buku ini:
- Penciptaan Adam dan keturunannya sebagai khalifah bumi dipersoal
- Kewujudan makhluk di bumi sebelum penciptaan Adam (al-Hinn dan al-Binn)
- Allah mengajarkan nama-nama apa kepada Nabi Adam sehingga keutamaan ilmu baginda mengatasi para malaikat?
- Perintah untuk sujud kepada Nabi Adam diingkari Iblis kerana Qiyas yang fasid
- Asal usul Iblis daripada bangsa jin, dan menjadi tawanan para malaikat ketika bangsa jin diusir dari muka bumi
- Janji Iblis untuk menyesatkan bangsa manusia keseluruhannnya
- Adakah semua malaikat diperintahkan untuk sujud kepada Adam, atau sebahagian?
- Penciptaan Hawwa’ daripada tulang rusuk Adam & Kisah Adam bertemu dengannya di syurga
- Pokok terlarang di syurga
- Adam memakan buah pokok terlarang kerana tipu daya dan hasutan Iblis untuk hidup kekal dan kekuasaan yang tidak akan berkurang
- “Kalau bukan kerana Hawwa’, setiap isteri tidak akan mengkhianati suaminya.”
- Kisah perdebatan antara Nabi Adam dan Nabi Musa
- Nabi Adam memberikan sebahagian umurnya kepada Nabi Dawud
- Ahli syurga dan neraka telah terbentang pada ketika penciptaan Adam
- Ketinggian Adam – 60 hasta
- Allah mengambil perjanjian sumpah setia daripada keturunan Adam
- Tempoh masa Nabi Adam menetap di syurga
- Kisah di sebalik perintah untuk Qabil dan Habil berkorban & pembunuhan Habil
- Qabil memikul mayat Habil selama 100 tahun sebelum Allah mengutus dua ekor gagak untuk mengajar tatacara menguburkan jenazah
- Balasan kepada Qabil atas pembunuhan adiknya
- Keturunan Qabil menurut kitab Taurat
- Bilangan anak Adam & Hawwa’
- Kewafatan Nabi Adam & wasiat baginda kepada anaknya
- Nabi Shith penyambung legasi pemerintahan Nabi Adam
- Kisah Nabi Idris, orang pertama menulis dengan pena.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.