Kisah Nabi Hud & Salih (Dwibahasa Arab-Melayu)
Author: Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī (Ibn Kathir) – W: 774H
Publisher: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 9789672910459
Page: 210 m/s
Year:
Price: RM33
Alhamdulillah, siri Kisah Para Nabi bersambung lagi. Kita sudah masuk ke buku yang ke-3 membincangkan tentang Kisah Para Nabi, selepas 2 tajuk terawal kitab al-Bidayah wal-Nihayah yang Karya PiS dah terbitkan sebelum ini berkenaan Malaikat, Jin & Syaitan.
Kisah Nabi Hud & Kisah Nabi Salih.
Seperti yang tertera pada tajuk bab tersebut, buku ini membahaskan tentang sejarah dan kronologi kehidupan dan dakwah kedua-dua Nabi ini, Hud & Salih ‘alayhima al-salam, penentangan kaum ‘Ad dan kaum Thamud terhadap dakwah Nabi mereka secara terperinci berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan Hadis, juga riwayat-riwayat yang telah dikumpulkan dan disaring oleh tokoh ulama tafsir dan pakar sejarah Islam, Imam Ibn Kathir -rahimahullah-.
Antara yang menarik adalah, sebelum kaum ‘Ad diazab dengan angin kencang, mereka dilanda kemarau selama tiga tahun, sehingga mereka menghantar utusan untuk berdoa kepada Allāh di tanah Haram supaya menurunkan hujan ke atas mereka. Apa yang terjadi selepas itu? Lebih menakjubkan lagi!
Semoga buku ini membuka mata para pembaca untuk mengenal dengan lebih dekat tentang Nabi Hud dan Salih ‘alayhima al-salam, mereka berdua merupakan antara para Rasul yang wajib kita imani dan cintai.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.