Kisah Nabi Nuh (Dwibahasa Arab-Melayu)
Author: Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī (Ibn Kathir) – W: 774H
Publisher: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 9789672910411
Page: 196 m/s
Year:
Price: RM32
Buku ini merupakan terjemahan bagi salah satu bab dalam kitab al-Bidāyah wa al-Nihāyah karangan Imām ibn Kathīr (w. 774H).Bab yang diterjemahkan itu merupakan bab keenam yang diberi tajuk: Qissat Nuh ‘alayh al-salam (Kisah Nabi Nuh ‘alayhi al-salam).
Seperti yang tertera pada tajuk bab tersebut, buku ini membahaskan tentang sejarah dan kronologi kehidupan Nabi Nuh ‘alayhi al-salam, penentangan kaumnya terhadap dakwah Nabi Nuh beserta kisah sebuah bahtera gergasi yang menyelamatkan sekumpulan pengikut Nabi Nuh yang beriman bersama setiap jenis haiwan secara berpasangan.
Antara yang menarik adalah Imam Ibn Kathir membawakan nukilan-nukilan riwayat yang terperinci tentang keadaan kaum Nuh yang menyembah berhala, yang pada asalnya merupakan orang-orang soleh di kalangan anak-anak Nabi Adam, diukir dalam bentuk gambar dan dibentuk dalam bentuk patung / tugu sebagai pentuk peringatan dan motivasi untuk umat manusia beribadah menyembah Allah. Namun, syaitan telah mengambil peluang yang licik untuk meresapkan unsur syirik dan penyembahan dalam proses generasi berganti generasi.
Dan banyak lagi kisah-kisah dan fakta-fakta menarik yang dibentangkan oleh Imam Ibn Kathir dalam buku ini, antaranya berkenaan:
- Salasilah keturunan Nuh ‘alayhi al-salam
- Jarak masa antara kewafatan Nabi Adam dan kelahiran Nabi Nuh
- Umur ketika baginda diutus menjadi Rasul
- Nabi Nuh, Rasul pertama diutuskan untuk mengembalikan manusia kepada tauhid
- Kesemua rasul selepas Nuh adalah daripada keturunan Nuh & Ibrahim
- Dakwah Nabi Nuh menggunakan seruan yg lemah lembut dan penuh belas kasihan
- Nabi Nuh tinggal bersama kaumnya 950 tahun sebelum peristiwa banjir besar
- Perintah membina sebuah bahtera gergasi, jenis kayu digunakan, saiz bahtera, dan proses pembinaannya
- Siapa yang dimuatkan di dalam bahtera tersebut, dan siapa yang ditenggelamkan
- Kadar ketinggian banjir terbesar di dunia yang pernah berlaku dalam sejarah
- Pendaratan bahtera Nuh di gunung al-Judi, beserta perincian lokasinya
- Kaitan antara puasa hari ‘Ashura dan bahtera Nabi Nuh.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.