Kitab Al-Luma' Fi Al-Radd 'Ala Ahl Al-Zaygh Wa Al-Bida' Dan Risalat Fi Istihsan Al-Khawd Fi 'Ilm Al-Kalam
Author: Al-Imam Abi Hassan al-Asy'ari
Publisher: JAKIM
ISBN: 9789830427102
Weight: 0.4kg
Pages: 113 pages
Year: 2024
Price: RM69
Imam al-Asy'ari menulis Kitãb al-Luma' yang dimulai dengan mugaddimah dan sepuluh bab yang terkandung di dalamnya perbincangan, permasalahan dan jawapan terhadap persoalan dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh mereka yang mengingkari pandangan beliau khususnya golongan Muktazilah. Menurut pandangan para pengkaji pemikiran Imam al-Asy'ari, mereka mengatakan penulisan kitab ini mempamerkan kemuncak metode akal Imam al-Asy'ari berbanding dengan Kitab-kitab beliau yang lain. Kitãb al-Luma' memperlihatkan perkembangan pemikiran beliau yang lebih matang dan mendalam. Kitab ini dipenuhi dengan hujah-hujah akal yang halus dan teliti sehingga sampai kepada tahap yang rumit dan sukar untuk difahami (al-Zaftawi 2009:416).
Penulisan Kitāb al-Luma' ini bertujuan untuk menolak dan membatalkan hujah-hujah golongan Muktazilah dan mereka yang sesat serta bidaah dengan menggunakan disiplin ilmu mantik yang tinggi dan kaedah-kaedah jidal serta munazarah. Metode akal yang digunakan oleh Imam al-Asy'ari bertepatan dengan tahap kebergantungan golongan tersebut pada zaman itu terhadap hujah akal (Burqãn 2007:109). Hal ini turut diakui oleh Hamudah Gharabah (1955:4) dalam mukadimah Kitãb al-Luma' mengenai pemikiran Imam al-Asy'ari yang menggunakan dalil *aqli secara meluas sehingga kepada tahap yang sangat rumit dan sukar untuk difahami oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam ilmu mantik. Oleh yang demikian, para pembaca perlu menguasai disiplin ilmu mantik bagi memudahkan mereka memahami dengan tepat kehendak penulis kitab ini. 
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai. 
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

