Kitab Perubatan Melayu: Rumah Ubat di Pulau Penyengat
Author: Raja Ḥāji Aḥmad ibni Raja Ḥasan al-Ḥāj, Ṭabīb
Diraja Kesulṭānan Riau
Publisher: Klasika
Media
ISBN: 9789671571613
Year: 2018
Weight: 0.180 kg
Pages: 90 pp
Price: RM35
Pengenalan, Perūmīan dan Analisis oleh
Dr Mohd Affendi Mohd Shafri
Keistimewaan terbitan kami:
- dilengkapi
dengan perūmīan bernota kaki, senarai ubatan dan formulasi, senarai penyakit
dan kitāb
- naskhah
Jāwī dilampirkan
- cetakan
warna pada kertas bermutu tinggi
-
latarbelakang kegiatan keilmuan dan amalan perubatan di Pulau Penyengat
Ringkasan:
Sebuah daftar ramuan ubatan dan daftar aturan menggunakan
khidmat tukang ubat atau ṭabīb atau doktor. Walaupun naskhah ini kelihatan
ringkas, tetapi ia penting dinilai kerana keunikannya sebagai naskhah perubatan
Melayu yang terawal dicetak, dan oleh Percetakan Riyauwiyah iaitu salah satu
rumah cetak kepunyaan orang Melayu yang terawal pula. Selain itu, penulisnya
adalah seorang ṭabīb diraja Keṣultanan Riau yang bergiat aktif dalam penulisan
dan persatuan seperti Kelab Rushdiyah. Beberapa aspek penting naskhah ini
termasuklah memberikan sedikit gambaran tentang tataamalan seorang doktor
Melayu di Riau, cabaran yang dihadapinya secara logistik dan penyakit-penyakit
yang sering ditemui mashārakat ketika itu.
Keistimewaan kitab ini:
Rumah Ubat di Pulau Penyengat dicetak di Matba‘ah Riauwiyah
di Pulau Penyengat pada tahun 1894, menjadikannya sebagai naskhah bercetak
perubatan Melayu yang tertua sekali di alam Melayu, iaitu setahun lebih awwal
daripada tarikh tercetaknya naskhah Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān karya
Shaykh Aḥmad al-Faṭānī (1895).
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.