Kombo Israel

List price: RM169.00
RM155.00
You save: RM14.00 (8%)
Save 8%
In stock
+
Sejarah Bani Israel: Sebuah Kajian Perbandingan Menurut Perjanjian Lama & Al-Quran

Author: Ghazali Basri

Publisher: Akademi Kajian Ketamadunan

ISBN : 9789671465264

Weight: 0.25 kg

Year: 2020

Page: 166 pp

Price : RM25

Gift: Carta 25 Rasul & Kedudukan Bani Israel

Al-Quran diturunkan untuk mencabar naratif dalam Kitab Perjanjian Lama yang memperlihatkan keunggulan Nabi Ishaq dan anaknya Nabi Ya'qub sedang kedudukan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim dan Hajar diperkecilkan. Buku ini membuat perbandingan ke atas kedua-duanya. Sejarah Bani Israel ialah sejarah keluarga Nabi Ya'qub dengan 12 orang anak lelaki dan mereka melahirkan zuriat 12 puak bani Israel. Siapakah mereka? Adakah Kitab Perjanjian Lama memberi fakta tepat tentang sejarah mereka?

Kehadiran Sejarah Bani Israel (Sebuah Kajian Perbandingan Menurut Perjanjian Lama dan al-Qur’ān) dijangka dapat menarik minat pengkaji dan khalayak yang meminati disiplin ilmu perbandingan agama. Perjanjian Lama (Old Testament) adalah sebahagian daripada Bible yang bermaksud dua kitab digabung: Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru (New Testament).

Tajuk buku ini boleh juga disebut: Sejarah Bani Israel menurut Bible dan al-Qur’ān. Naratif Perjanjian Lama mengenai Bani Israel khususnya dalam “Kejadian” (book of Genesis) dan Keluaran” (book of Exodus) didapati bukan sahaja lengkap (exhaustive) bahkan memperlihatkan keunggulan Nabi Ishaq dan anaknya Nabi Yaʻqub sebagai pewaris sah Nabi Ibrahim, sedangkan kedudukan Nabi Ismail, juga anak Nabi Ibrahim melalui Hajar diperkecilkan. Namun, al-Qur’ān diturunkan mencabar naratif tersebut menerusi kerasulan Nabi Muhammad s.‘a.w sebagai nabi terakhir dan penamat.

Sejarah bani Israel sebenarnya ialah sejarah keluarga Nabi Yaʻqub dengan dua belas orang anak laki-laki dan mereka melahirkan zuriat dua belas puak bani Israel. Al-Qur’ān menyebutnya sebagai al-asbāt (QS al-Baqarah [2]: 136, 140). Sebutan bani Israel dalam al-Qur’ān adalah sebanyak 43 kali, hal sedemikian memperlihatkan beberapa keistimewaan. Paling utama ialah fungsi al-Qur’ān memperbetul fakta, memperjelas naratif peristiwa di samping memperlihatkan keserasian apa yang terdapat dalam Perjanjian Lama. Menyedari bahawa Perjanjian Lama pada asalnya bersumberkan Taurat Nabi Musa, justeru pada satu sisi daripadanya, didapati beberapa maklumat berfaedah, antara lain maklumat mengenai: nama anak-anak dan nama isteri para nabi, tentang usia mereka yang al-Qur’ān tidak menyebutkannya. Namun, seperti yang diketahui umum, apapun penyimpangan yang terdapat dalam Perjanjian Lama, Islam tidaklah pula menghalang sesiapa jua untuk melakukan kajian banding seperti yang diusahakan oleh penulis buku ini.

GHAZALI BIN BASRI (BA Hons. UM, MA. Columbia University USA, PhD. University of Aberdeen Scotland), seorang ahli akademik, penyelidik dan penulis. Pernah bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan dan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), pensyarah pelawat di Selly Oak Centre for Muslim-Christian Relations Birmingham United Kingdom, dan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Negara Brunei Darussalam. Kini, beliau adalah Pengarah Akademi Kajian Ketamadunan dan tumpuan kajian penyelidikannya mengenai hubungan antara kaum berlainan agama di Malaysia.

======================================

The Jewish People: A Qur’anic Perspectice

Author: M. Zakir Azmi

Publisher: A.S Noordeen

ISBN: 9789830653006

Price: RM55

Pages: 452pp

Weight: 0.800kg


As obvious from the title itself, this work provides an insight into the history of the Jews from a Qur’anic perspective and examines the divine bounties that they were blessed with during the course of history and their rebellious attitudes toward the Prophets and Apostles who were sent down to guide them to the righteous path of Allah (SWT). It further deals, in detail, with all the events that have significant relevance in the history of the Children of Israel including special favors of Allah (SWT) upon them, the reasons why they were declared the “chosen people” for a certain period, and what were the superstitions and rebelling that turned them to be a “cursed people”. This work offers an in-depth discussion about the warnings and punishments that were prescribed by Allah (SWT), as mentioned in the Quran, as a result of their disobedience to the messages of Allah (SWT) conveyed by various Prophets (PBUTH) staring with Abraham and Moses (PBUT).

======================================

Abraham's Children
Heather Stroud

Paperback (TOP) 841 pages
ISBN 9789839541823


"This is the story of Fida, who sets out on a journey to the Occupied Territories. It is not only a novel about tragedy, discovery and love; it is also a story that delves into the Palestinian/Israeli conflict. Moving between England, the West Bank and Gaza, the unfolding events, while fictional, reveal an authentic reality that is based on actual events."

======================================

Folklore of the Holy Land: Muslim, Christian and Jewish

Author: J.E.Hanauer, edited by Marmaduke Pickthall

Publisher: Islamic Book Trust

Page: 319 pages

ISBN: 9789675062568

Out of centuries of peaceful coexistence among Muslims, Jews and Christians in Palestine, comes this entertaining collection of folklore, written at the start of the twentieth century. Of special interest are the stories of the Jinn, magical beings that correspond to the European 'fairies', folk magic and folklore from all the religions about biblical topics. This work covers the entire gamut of folkloric themes: animals, fools, calendar lore and so on.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US