Kombo JIM - Paperback

List price: RM128.00
RM115.00
You save: RM13.00 (10%)
Save 10%
In stock
+

Buku dijangka siap sebelum 2 Jun 2022

Menuju Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah - Paperback

Author: Saari Sungib
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007425
Weight: 0.4 kg
Pages: 306 pp
Year: 2022
Price: RM40

Sebuah memoir perjuangan Saari Sungib atau juga lebih dikenali Abu Urwah. Kembali Kepada Fitrah ini merupakan jilid kedua daripada lima jilid penuh autobiografi penuh Saari Sungib yang diberi judul Menuju Puncak Redha.

---

Jika pucuk sifatnya menerima dan terus menerima, kini tiba masanya menjadi induk, memberi dan menyumbang kepada tunas-tunas muda pohon perjuangan. Begitulah perjalanan seterusnya bagi Saari Sungib yang dilakarkan dalam buku kedua memoir Mencari Puncak RedhaKembali Kepada Fitrah, kini beliau bukan lagi anak mentah yang sekadar mengikut lentur takdir malah menjadi sosok yang memberi impak dalam sejarah kebangkitan Islam pada zaman 70-an dan dekad-dekad mendatang.

Saari yang menemui “Islam” dalam kembaranya di bumi Inggeris mula mendalami Islam dengan lebih intensif. Pada saat ini, beliau mula diberi tanggungjawab dan amanah yang lebih berat. Kepimpinannya digilap dan terserlah. Gelora emosi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebagai seorang pelajar, ketua keluarga dan pemimpin pelajar yang dihadapi menjadikan beliau tidak alah kepada dugaan dan cabaran yang menekan.

 ---

“Namun, sebagai seorang Muslim yang menyaksikan dengan jelas kesinambungan antara dunia dan akhirat, ada setingkat lagi lebih tinggi daripada politik nilai yang menunjangi kepimpinan moral. Tingkatan itu yang telah menjadi prinsip penyempurna al-Ghazali atas perbahasan etika Nichomachean oleh Aristotle, dan perkara itu disampaikannya kepada penguasa-penguasa Malik Shah dan Nizam al-Mulk yang memerintah dinasti Seljuq tatkala itu – darihal pentingnya mencapai kebahagiaan (alsa‘adah) di akhirat melalui keredhaan Allah SWT, maka cocok sekali dengan judul memoir ini – Menuju Puncak RedhaYang demikian menggambarkan sasaran ukhrawi yang jelas ingin  dicapai oleh Abu Urwah dalam perjuangan politiknya yang kini telah mencecah lebih tiga dekad.”

----------------------------------------

Menuju Puncak Redha: Mencari Islam di Bumi Inggeris - Paperback

Author: Saari Sungib 
Publisher: ILHAM Books 
ISBN: 9789671745441 
Weight: 0.4 kg 
Pages: 296 pp 
Year: 2022 
Price: RM40

Sebuah memoir perjuangan Saari Sungib atau juga lebih dikenali Abu Urwah. Mencari Islam di Bumi Inggeris ini merupakan jilid pertama daripada lima jilid penuh autobiografi penuh Saari Sungib yang diberi judul Menuju Puncak Redha.

---

Mencari Puncak Redha: Mencari Islam di Bumi Inggeris adalah siri pertama memoir yang menghikayatkan perjalanan seorang anak muda yang mencari makna diri setelah bergelut memilih antara hoki atau melanjutkan pelajaran di luar negeri. Terdampar di kota Inggeris pada 1970-an yang merupakan pusat pertembungan ideologi antara kapitalisme vs sosialisme, kemudiannya berlaku kebangkitan Islam di seluruh dunia, anak muda akhirnya berkenalan dengan sebuah gerakan dakwah yang merubah cara fikir dan kehidupan beliau secara drastik. Pertemuan Saari Sungib dengan Islamic Representative Council (IRC) ini telah membuka lembaran kehidupan beliau yang sangat menakjubkan dalam babak-babak kehidupan beliau mendatang.

---

“Pengalaman kerohanian ini begitu memberikan kesan kepada saya sehingga terbuka pintu hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan ketika itu jugalah, seakan petunjuk dan dorongan daripada Ilahi, saya dihadiahkan sehelai tudung buat pertama kalinya dalam satu program Islamic Summer Camp di Manchester, United Kingdom. Gadis istimewa yang memberikan tudung tersebut merupakan seorang mualaf dari Belanda yang bernama Bashiera Owen. Pertemuan yang berakhir dengan seribu kenangan itu masih mekar membekas dalam ingatan saya. Inilah barangkali anekdot kecil daripada sekian banyak sumbangan siri summer camp dan program kesedaran Islam yang digerakkan secara

----------------------------------------

Sejarah Terpendam: Kemunculan, Kebangkitan dan Perkembangan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

Author: Maszlee Malik
Publisher: ILHAM Books & Kawandanet
ISBN: 9789672007432
Weight: 0.4 kg
Pages: 272 pp
Year: 2022
Price: RM48

Sejarah Terpendam: Kemunculan, Kebangkitan dan Perkembangan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia adalah sebuah buku yang menceritakan "kisah belakang tabir" JIM, NGO yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah infiltrasi ke atas gerakan Islam yang lain.

Latar sejarah menjadi kanvas penulisa buku ini, di mana segala yang berkaitan dengan JIM, sama ada inspirasi ideologi, motivasi, sejarah dan peristiwa yang menyebabkan penubuhan, pahit getir keterlibatan mereka sehinggalah pembubaran JIM yang membawa kemunculan pertubuhan lanjutan mereka, iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dikupas berdasarkan sumber dari para aktivis, pemimpin dan mereka yang terlibat secara langsung dengan JIM, segala pertubuhan yang mendahului JIM dan mereka yang terlibat selepas pembubarannya.

---

Maszlee Malik merupakan ahli parlimen Simpang Renggam dan Menteri Pendidikan Malaysia dari tahun 2018-2020. Beliau pernah mengajar UIAM dari tahun 2000-2018, dan telah menulis beberapa buku akademik, fiksyen dan bukan fiksyen yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa di dalam dan luar negara. Buku ini merupakan hasil kajian beliau sewaktu menjadi pensyarah di UIAM dari tahun 2013-2016.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US