Kombo Kitab Perempuan

List price: RM220.00
RM202.00
You save: RM18.00 (8%)
Save 8%
In stock
+

Kitāb Ādāb Perempuan Juzu' 1

Author: Aḥmad Ya‘qub al-Johori

Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789671571651

Year: 2018

Pages: 224pp

Weight: 0.300kg

Price: RM55.00

Bahawasanya telah berulang-ulang oleh setengah daripada ṣaḥābatku meminta aku membanyakkan karangan dan susunan Kitāb Ādāb Perempuan juzu’ yang pertama ini, supaya munāsabah dengan kanak-kanak yang baharu, maka dengan sebab itu, tiadalah bagiku upaya pada menolakkan kehendaknya yang sangat berbahagia itu.

Yang demikian inilah aku ringkaskan dan aku ubahkan sosok karangannya daripada yang telah lalu, hingga jadilah ia seperti suatu kitāb yang berlainan sekali daripada aṣalnya, akan tetapi maqṣūd-maqṣūdnya tiada sekali-kali berganjak daripada asasnya yang mula-mula.

Mudah-mudahan barang diberkati Allāh kiranya akan karangan ini dan yang membacanya.

- Aḥmad Ya‘qūb al-Johori

-----

Kitāb Ādāb Perempuan

Penulis: Aḥmad Yaʻqūb al-Johori

Penerbit: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789671474846

Muka Surat: 280pp
Harga: RM55
Berat: 0.500kg


Ḥikmah dan kebijaksanaan leluhur kita dalam ḥāl iḥwal rumah tangga dibuktikan dalam Kitāb Ādāb Perempuan. Ianya sebuah karya penting yang mengasuh pengetahuan kekeluargaan seawal peringkat pemilihan pasangan, sehinggalah sebesar-besar kewajipan: yaʻnī pendidikan anak-anak.

Nilai-nilai keṣiḥatan, antaranya naṣīḥat untuk ibu mengandung, panduan menyusu dan mencari ibu susuan, serta penjagaan kesihatan anak terdapat dalam naskhah ini – dengan lengkap dan terperinci.

Kitab ini juga membincangkan urus tadbir rumah tangga dan perbendaharaan isi rumah dengan rinci. Pengarang menṣifatkan peranan perempuan sebagai isteri, ibu, dan penghulu rumah tangga sebagai:

…sebesar-besar pekerjaan yang patut disempurnakan kerana berkhidmatkan waṭan (tanah air) kemanusiaan.

Kitāb ini dikarang pada tahun 1926 oleh Aḥmad Yaʻqūb Al-Johori bagi rujukan dan bacaan perempuan-perempuan muda dan digunakan sebagai pengajaran di dalam sekolah-sekolah agama kerajaan Johor sebagai persediaan awal menempuh ʻālam perkahwinan. Pada tahun 1965, kitāb ini telah pun mencapai juzu’ (edisi) ketiga dengan bilangan cetakan yang kesembilan.

-----

Kitab Alam Perempuan

Author: Al-Sayyid Shaykh bin Aḥmad Al-Ḥadi

Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN : 9789671698464

Weight: 0.58 kg

Year: 2019

Page: 306

Price : RM55

Kitab Alam Perempuan dikarang oleh al-Sayyid Shaykh bin Ahmad al-Hadi (1867-1934), yang merupakan himpunan tulisannya dalam majallah al-Ikhwan. Al-Sayyid Shaykh selepas pulang dari pengajian di Mesir membawa bersama jiwa baharu dan aliran baharu yang dirintis oleh Sayyid Jamalu’ddin al-Afghani dan Shaykh Muhammad Abduh. Mereka terkenal memerangi bid’ah dan khurafat yang menyelimuti umat Islam serta berusaha menegakkan Islam berdasarkan tawhid yang bersih daripada amalan shirik yang menodainya.

Empat perkara pokok yang menjadi tunjang pembicaraan al-Sayyid Shaykh dalam Kitab Alam Perempuan ialah berkenaan keperluan qawm perempuan kepada pelajaran, haqq-haqq qawm perempuan yang dipinggirkan, pemakaian tudung dalam kalangan perempuan dan qawm perempuan dalam perkahwinan.

Adalah diharapkan Kitab Alam Perempuan ini memberi fa’idah, manfa’at dan ma’na buat ‘aqal rubani qawm Muslimin masa kini dengan mengetahui dan mengenali kedudukan sebenar perempuan, justeru bertindak sesuai dengan kedudukannya dalam mengecapi ke’adilan pada dirinya dan diri-diri yang lainnya.

-----

Risālah Seruan Kepada Jenis Yang Lembut: Perempuan-Perempuan

Penulis: ‘Abdu'Llāh ‘Abdu'r-Raḥmān al-Johori

Penerbit: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789671474891
Harga: RM55
Berat: 0.530kg


Maka risālah yang hendak dimashhūrkan itu telah ditawarkan kepada saya supaya menulis dan menerbitkan daripada seutama-utama perkataan dari dalam Kitāb Allāh yang diturunkan atas perjalanan RasūlNya, yang mekhabarkan:

• keterangan di dalam segala ḥaqq perempuan-perempuan; dan

• membetulkan perkara yang wājib atas jenis al-laṭīf (jenis yang lembut – perempuan-perempuan).

Supaya diketahui oleh tiap-tiap bangsa yang dikehendaki atas sekalian laki-laki, dan supaya boleh disalin karangan itu dalam bahasanya yang mashhūr, ditaburkan pada segenap jajahan yang jauh-jauh pada hari ulang tahun diperanakkan Rasūlu’Llāh — ṣallā Allāhu ‘alayhi wa sallam — itu, mulai dari ulang tarikh pindahnya Hijrah bagi ingatan sekalian Muslimīn.

... Maka sukacitalah saya memulakan tulisan saya dengan seruan ‘ām kepada sekalian perempuan, supaya mereka itu mengetahui akan segala ḥaqqnya dan supaya perempuan-perempuan itu dikenal oleh sekalian laki-laki..




1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US