Ke Arah Pembangunan Rantau Damai: Dinamika Asia Tenggara & Laut China Selatan
Author: Rashila Ramli
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674125769
Pages: 67 pp
Year: 2018
Weight: 0.2kg
Dari segi sejarah, Laut China Selatan menjadi laluan perhubungan, pelayaran dan pengankutan terbuka yang penting di antara pulau-pulau dengan tanah besar di rantau Asia Tenggara, dan laluan perairan yang utama di antara Benua Eropah dengan Asia. Pada zaman globalisasi oriental klasik, kawasan perairan ini diguna tanpa perbalahan tentang sempadan. Namun, globalisasi oksidental yang bermula dengan penerokaan dan penjajahan Barat serta kemunculan negara bangsa membawa pemikiran tentang pemilikan sempadan. Pada 1948, apabila China menghasilkan Peta Garis Putus Sembilan (9-Dash Line), tindakan ini menjadi pencetus bagi Laut China Selatan ditangani sebagai isu keselamatan strategik oleh banyak perlaku, khususnya China, negara-negara anggota ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU). Perkara ini mulai ketara mulai 1970-an. Menjelang 2009 sehingga sekarang, terdapat enam tuntutan yang pelbagai dan sering bertentangan terhadap rantau ini.
------------------------
Menghubungkan Lautan Malaysia Sebagai Negara Maritim
Author: Hans-Dieter Evers
Translator: Abdul Muein Abadi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674125226
Pages: 57 pp
Year: 2017
Weight: 0.18kg
Kedudukan geopolitik Malaysia yang menghubungkan Lautan Hindi, Laut China Selatan, Kepulauan Nusantara, dan Lautan Pasifik merupakan satu sumber maritim yang lestari, yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya dari segi ekonomi dan politik. Syarahan ini menggabungkan analisis geopolitik dengan teori peradaban dan menghujahkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara maritim yang sudah lama sebati dalam peradaban Nusantara. Dalam konteks ini kita membicarakan peranan bandar pelabuhan dan penghubungkaiatan bagi integrasi sosio-ekonomi ASEAN. Syarahan ini menunjukkan bagaimana konsepsi ruang yang berbeza masing-masing berakarkan peradaban Nusantara dan China mempunyai kesan ke atas penggubalan, pelasanaan dan kejayaan dasar-dasar maritime. Sebagai kesimpulan, syarahan ini membuat penilaian ke atas impak jangka panjang dasar Laluan Sutera Maritim China (OBOR) ke atas posisi Malaysia sebagai sebuah negara maritime di samping mengajukan usul pentingnya Malaysia menggubal sebuah dasar maritimnya yang baru.
-----------------------
Nusantara: Malaysia dan Geopolitik Laut China Selatan
Author: Hans-Dieter Evers
Translator: Abdul Muein Abadi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674124571
Pages: 44 pp
Year: 2017
Weight: 0.2kg
Malaysia ialah sebuah negara maritim yang terletak di lokasi strategik di antara Laut China Selatan dengan Selat Melaka. Ruang maritim di antara Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik ini telah dikonsepsikan sebagai ‘Nusantara’ semenjak abad ke-14 lagi. Pada mulanya gagasan ini digunakan untuk merujuk kepada ruang laut yang wujud di antara pulau-pulau yang dianggap sebagai wilayah milik empayar Majapahit dan juga milik pelbagai kerajaan Melayu di sekitarnya; namun melalui perjalanan sejarah, konsep ini telah berubah dengan memberi makna yang berbeza-beza. Menurut makna asalnya, Nusantara merupakan sebuah konsep budaya dan geopolitik, yang merujuk kepada wilayah bumi dan air (tanah air) dengan sempadannya yang tidak begitu jelas dan berubah-ubah, yang pada hari ini merangkumi wilayah Asia Tenggara bahagian maritim serta perairan laut-laut sekitarnya. Justeru, dalam syarahan ini, Laut China Selatan ditakrifkan sebagai ‘laut mediterranean’, yang daripada perspektif Malaysia, merupakan sebahagian daripada Nusantara. Adalah dicadangkan di sini supaya konsep Nusantara digunakan bagi menggubal sebuah dasar maritim Malaysia. Dasar yang berasaskan wilayah geografi ini boleh wujud secara bersaing dan seiring dengan dasar ‘poros maritim’ Indonesia serta dasar ‘Laluan Sutera Maritim’ China.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.