Menuju Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah - Hardback
Author: Saari Sungib
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007425
Weight: 0.4 kg
Pages: 306 pp
Year: 2022
Price: RM60
Sebuah memoir perjuangan Saari Sungib atau juga lebih dikenali Abu Urwah. Kembali Kepada Fitrah ini merupakan jilid kedua daripada lima jilid penuh autobiografi penuh Saari Sungib yang diberi judul Menuju Puncak Redha.
---
Jika pucuk sifatnya menerima dan terus menerima, kini tiba masanya menjadi induk, memberi dan menyumbang kepada tunas-tunas muda pohon perjuangan. Begitulah perjalanan seterusnya bagi Saari Sungib yang dilakarkan dalam buku kedua memoir Mencari Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah, kini beliau bukan lagi anak mentah yang sekadar mengikut lentur takdir malah menjadi sosok yang memberi impak dalam sejarah kebangkitan Islam pada zaman 70-an dan dekad-dekad mendatang.
Saari yang menemui “Islam” dalam kembaranya di bumi Inggeris mula mendalami Islam dengan lebih intensif. Pada saat ini, beliau mula diberi tanggungjawab dan amanah yang lebih berat. Kepimpinannya digilap dan terserlah. Gelora emosi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebagai seorang pelajar, ketua keluarga dan pemimpin pelajar yang dihadapi menjadikan beliau tidak alah kepada dugaan dan cabaran yang menekan.
---
“Namun, sebagai seorang Muslim yang menyaksikan dengan jelas kesinambungan antara dunia dan akhirat, ada setingkat lagi lebih tinggi daripada politik nilai yang menunjangi kepimpinan moral. Tingkatan itu yang telah menjadi prinsip penyempurna al-Ghazali atas perbahasan etika Nichomachean oleh Aristotle, dan perkara itu disampaikannya kepada penguasa-penguasa Malik Shah dan Nizam al-Mulk yang memerintah dinasti Seljuq tatkala itu – darihal pentingnya mencapai kebahagiaan (alsa‘adah) di akhirat melalui keredhaan Allah SWT, maka cocok sekali dengan judul memoir ini – Menuju Puncak Redha. Yang demikian menggambarkan sasaran ukhrawi yang jelas ingin dicapai oleh Abu Urwah dalam perjuangan politiknya yang kini telah mencecah lebih tiga dekad.”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menuju Puncak Redha: Mencari Islam di Bumi Inggeris - Hardback
Author: Saari Sungib
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789671745441
Weight: 0.4 kg
Pages: 296 pp
Year: 2022
Price: RM60
Sebuah memoir perjuangan Saari Sungib atau juga lebih dikenali Abu Urwah. Mencari Islam di Bumi Inggeris ini merupakan jilid pertama daripada lima jilid penuh autobiografi penuh Saari Sungib yang diberi judul Menuju Puncak Redha.
---
Mencari Puncak Redha: Mencari Islam di Bumi Inggeris adalah siri pertama memoir yang menghikayatkan perjalanan seorang anak muda yang mencari makna diri setelah bergelut memilih antara hoki atau melanjutkan pelajaran di luar negeri. Terdampar di kota Inggeris pada 1970-an yang merupakan pusat pertembungan ideologi antara kapitalisme vs sosialisme, kemudiannya berlaku kebangkitan Islam di seluruh dunia, anak muda akhirnya berkenalan dengan sebuah gerakan dakwah yang merubah cara fikir dan kehidupan beliau secara drastik. Pertemuan Saari Sungib dengan Islamic Representative Council (IRC) ini telah membuka lembaran kehidupan beliau yang sangat menakjubkan dalam babak-babak kehidupan beliau mendatang.
---
“Pengalaman kerohanian ini begitu memberikan kesan kepada saya sehingga terbuka pintu hati untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan ketika itu jugalah, seakan petunjuk dan dorongan daripada Ilahi, saya dihadiahkan sehelai tudung buat pertama kalinya dalam satu program Islamic Summer Camp di Manchester, United Kingdom. Gadis istimewa yang memberikan tudung tersebut merupakan seorang mualaf dari Belanda yang bernama Bashiera Owen. Pertemuan yang berakhir dengan seribu kenangan itu masih mekar membekas dalam ingatan saya. Inilah barangkali anekdot kecil daripada sekian banyak sumbangan siri summer camp dan program kesedaran Islam yang digerakkan secara aktif oleh para penuntut Islam di United Kingdom ketika itu.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Abu Urwah: Legenda Tanpa Sorotan - Sebuah Biografi Saari Sungib - Paperback
Author: Dr Hamdi Ibrahim
Publisher: ILHAM Press
ISBN: 9789672007371
Weight: 0.35 kg
Year: 2020
Page: 280 pp
Price: RM35
Abu Urwah: Legenda Tanpa Soroton adalah sebuah buku yang menceritakan “the untold story” mengenai sosok Saari Sungib, seorang tokoh gerakan Islam yang cukup terkenal dengan bukunya Risalah Usrah. Buku yang menjadi fenomenal terutama dalam gerakan Islam di Asia Tenggara pada dekad-dekad 1980an sehingga 2000an. Hampir menjadi pemain hoki kebangsaan, menjadi pemimpin mahasiswa semasa zaman belajarnya di UK, mengasaskan Jamaah Islah Malaysia (JIM), terjun ke medan siasah semasa zaman kemuncak reformasi 1998 dan ditahan akta ISA serta lain-lain antara cerita-cerita yang menarik yang ada dalam buku biografi ini. Buku ini juga mendedahkan tentang IRC - Islamic Representative Council - sebuah pertubuhan pelajar yang berpengaruh dan kontroversi.
------------------
Seorang yang dikatakan legenda, siapa pun dia, tidak akan pernah dilupakan, walaupun tanpa sorotan. Perjalanan hidup serta sudut pandang epistemologinya, akan terus membuat darah muda yang sedang mencari arah baru menggigil kerana terinspirasi. Penulis sedar bahawa Saari Sungib – Abu Urwah, tidak begitu selesa buku ini diberi judul Legenda Tanpa Sorotan. Baginya panggilan legenda itu hanya mahu memaksudkan seseorang itu hebat dan luar biasa. Mana mungkin? Ini menyalahi prinsip kerja dan perjuangannya! Apa yang dihayatinya sepanjang hidupnya adalah bergerak mestilah berjamaah. Berpegang kukuh kepada dalil dan hujah. Bertindak atas landasan syura dan amal jamaie.
Abu Urwah tidak membina kemenangan atau kekuatan di atas personaliti individu atau jenama mana mana kumpulan. Dia bersama-sama mencetuskan syura, melakarkan wawasan, mengatur sumber dan menggembleng tenaga. Mula dengan bismillah dia pun bekerja. Selepas itu dia bekerja dan terus bekerja. Tidak ada sorotan yang perlu dicatatkan. Sorotan tidak dibina atas nama seseorang. Tetapi pengajaran meresap dan menyerap ke akar umbi dan akal budi golongan mukhlisin. Dia datang membantu dan memberikan yang terbaik selepas itu beredar pergi.
Untuk lanjut membaca prakata penulis, lihat di sini.
------------------
"Saya sudah mengenali Saari Sungib lebih 38 tahun. Perkenalan ini berlaku semasa kami sama-sama menggerakkan dakwah, tarbiah serta usaha-usaha sukar mendirikan institusi pendidikan rendah dan menengah sejak tahun 1982 lagi. Beliau banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan amal dakwah dan islah, termasuk meninggalkan jawatan sebagai seorang pensyarah sebuah universiti tempatan semata-mata untuk memberikan khidmat sepenuh masa dalam meneraju dakwah terutamanya semasa era Jemaah Islah Malaysia (JIM). Beliau adalah di antara tulang belakang dan pemikir dalam usaha membina sistem dan institusi pendidikan bersepadu Al- Amin dan Musleh yang sebahagiannya telah diselaraskan di bawah JIM dan kini dikenali sebagai Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Beliau merupakan seorang yang berbakat tinggi dalam penulisan. Ini telah dibuktikan menerusi senarai buku, monograf, ucapan, esei, puisi, artikel dan prakata buku yang ditulisnya. Beliau adalah seorang yang tegas. Tidak diragui bahawa ketegasan inilah juga yang telah menyebabkan dua kali beliau dipenjarakan tanpa bicara di bawah Internal Security Act (ISA)".
Al-Fadhil Ustaz Alias Othman, Mantan Timbalan Presiden JIM
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.