Kombo Novel - Surah

List price: RM125.00
RM112.00
You save: RM13.00 (10%)
Save 10%
In stock
+

Lail : Selimut Malam Dan Ketakwaan Harta

Author: Mohd Daud Bakar
Publisher: Amanie Media
ISBN: 9789672302315
Weight: 
Pages: 150
Year: 2022
Price: RM25

Novel ini adalah novel yang kelima di dalam siri novel Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang berinspirasikan al-Quran. Ia masih meneruskan metodologi kesemua novel sebelum ini. Namun, ia ada sedikit keunikan apabila dibandingkan dengan novel yang keempat yang bersandarkan surah al-Fajr.

Novel yang diinspirasikan oleh surah al-Lail melengkapkan kisah sebuah cerita yang dipaparkan dalam novel yang diinspirasikan oleh surah al-Fajr tetapi dalam dimensi tempat dan koordinat serta batu nautika yang berbeza. Secara faktanya, kedua-dua novel ini berkisar tentang satu kejadian atau peristiwa yang sama.

Surah al-Fajr mengambil cerita yang berlaku kepada mangsa nahas kapal terbang yang terhempas di lautan luas dan kemudian dihanyutkan ke sebuah pulau terpencil, manakala surah al-Lail pula melihat kepada watak- watak lain yang terlibat di dalam misi pencarian mangsa nahas ini. Ia juga memperlihatkan bentuk minda dan tingkah laku mereka yang terkesan dengan nahas ini secara langsung atau tidak langsung.

--------------

Fajar: Rekahan Malam dan Roh Yang Tenang

Author: Mohd Daud Bakar
Publisher: Amanie Media
ISBN: 
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM25

Masing-masing tertekan menyelamatkan nyawa di tengah Lautan Hindi selepas kapal terbang mereka terhempas pada malam yang gelap.

Masing-masing tertekan meneruskan kehidupan yang tiada kepastian di sebuah pulau terpencil.

Hakikatnya, tekanan satu keistimewaan.

Adeel Azlan, Alice Thornton, Rajesh Kumar dan Katrina Rajesh mula mengenali diri masing-masing-masing di sebuah pulau kecil.

Proses mengenali diri sendiri juga satu keistimewaan.

----------------

Balad (Kota Yang Mulia Dan Pendakian Yang Curam)

Author: Mohd Daud Bakar
Publisher: Amanie Media
ISBN: 
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM25

Pemilihan antara jalan yang benar dan jalan yang salah adalah kritikal. Semua bentuk dan jalan kehidupan di atas muka bumi ini-sama ada yang benar ataupun yang sesat- memang sentiasa bergelut, susah, mencabar dan penuh perjuangan.

Allah SWT juga telah bersumpah dengan Kota Mekah kerana kemuliaan Nabi Muhammad SAW yang tinggal di Kota Mekah dan Nabi Ibrahim AS dan keturunan Nabi Ibrahim AS bagi menegaskan bahawa manusia semuanya diciptakan hidup dalam keadaan yang sentiasa bergelut. Fenomena ‘kabad’ adalah fitrah kejadian manusia. Apa penyelesaian kepada fenomena ‘kabad’ ini?

Ikuti kisah kehidupan Zulfakar dalam kehidupannya sebagai seorang pengarah produksi di sebuah syarikat TV, seorang suami dan ayah serta aktivis masyarakat. Setiap watak, perwatakan dan isu serta cabaran sepanjang novel ini cuba dicerminkan dengan suluhan kepada semua ayat dalam surah al-Balad sebaik dan sedaya mungkin.
“Jalan kebenaran tidak penting yang penting adalah kecekalan minda mendaki jalan kebenaran yang sentiasa curam”

---------------------

Dhuha: Cahaya Pagi Yang Terang

Author: Mohd Daud Bakar

Publisher: Amanie Media

ISBN:

Weight:

Pages: 176pp

Year: 2020

Price : RM25

Pemberian makna dan mesej ayat-ayat Quran melalui pengkisahan sebuah novel kehidupan jarang ada dalam dunia penulisan, sama ada penulisan lama mahupun penulisan moden. Novel ini adalah antara novel pertama yang membawa ayat-ayat Quran dalam kehidupan manusia. Quran mampu berfungsi dalam setiap petak kehidupan manusia. Memang mampu dan lebih daripada mampu!

Kalau manusia mengharapkan Quran datang kepada mereka, ini memang takkan berlaku. Manusia yang perlu mencari makna dan mesej suara dari langit.

Didalam novel ini, Lukman memperoleh hubungan yang intim antara minda, hati dan jiwa dengan makna dan mesej ayat-ayat Quran.

Tatkala meredah kesesakan lalu lintas di awal pagi, Lukman sudah mengerti bahawa ketakwaan bukan hanya ada di masjid.

----------------

Insyirah: Kelapangan Hati Dan Minda

Author: Mohd Daud Bakar

Publisher: Amanie Media

ISBN: 9789672302254

Weight:

Page:

Year: 2021

Price: RM25

Kesusahan dan kesulitan adalah saudara kembar kepada kehidupan. Kesulitan emosi, minda, kewangan, sosial,maruah,jati diri, kebebasan dan ancaman nyawa menjadi warna-warni kehidupan sepanjang zaman.

Nabi Muhammad SAW yang digelar pesuruh Allah SWT, juga menghadapi tekanan yang sama. Namun, Baginda SAW dianugerahkan kelapangan hati dan jiwa bagi menghadapi segala cabaran mendatang. Baginda SAW juga dikurniakan ketinggian nama Baginda SAW sepanjang zaman. Sebutan nama yang diulang-ulang dan reputasi yang hebat adalah minyak pembakar obor kejayaan.

Ikuti bagaimana Zahid dan isterinya, Suraya bertarung setiap masa dan detik bagi menjemput kemudahan bertandang dalam kehidupan mereka sesudah mereka ditimpa pelbagai kesusahan dan kesulitan.

Kecekalan minda dan jiwa serta kesucian perwatakan diri adalah dua sayap bagi terbang tinggi demi berhadapan apa sahaja cabaran kehidupan. Jangan salahkan kesulitan. Salahkan sayap yang tidak dapat ataupun enggan mengepak kuat.



1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US