Kombo Palestin - Mohd Roslan Mohd Nor

List price: RM192.00
RM176.00
You save: RM16.00 (8%)
Save 8%
In stock
+

Bumi yang Dijanjikan: Konflik Palenstin-Israel

Author: Mohamad Fauzi Zakaria, Mohd Roslan Mohd Nor

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831007075

Weight:

Pages: 207pp

Year: 2013

Price: RM46

Buku ini dihasilkan untuk meneliti hujahan-hujahan golongan Yahudi yang percaya bahawa bumi Baitul Maqdis merupakan bumi yang dijanjikan Tuhan kepada mereka. Dalam penelitian ini, didapati bahawa hujahan-hujahan tersebut tidak mempunyai asas yang kuat, malah boleh ditolak. Konsep bumi yang dijanjikan itu telah musnah disebabkan keangkuhan mereka sendiri yang tidak mahu mengikut perintah Tuhan. Konsep yang dipegang oleh Yahudi-Israel ini wajar ditolak berdasarkan hujah nyata bukan saja daripada bukti al-Quran, hadis dan hujah sarjana Islam tetapi juga penulis dan kalangan sarjana Barat. Konsep ini hanya dijadikan alasan untuk golongan Yahudi terus-menerus melakukan kezaliman ke atas penduduk Palestin dan konflik yang berlanjutan hingga kini.

======================================

Konflik Gaza dan Misi Kemanusiaan Freedom Flotilla

Author: Mohd Roslan Mohd Nor, Ruzanah Mohd Rozi

Publisher: UM

ISBN: 9789674881276

Pages:

Year: 2020

Weight:

Price : RM 56

Buku ini merungkai krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza sejak tahun 2006 selepas Hamas memenangi pilihan raya pertama di Gaza pada tahun tersebut. Akibatnya, negara-negara Barat memutuskan hubungan dengan Gaza manakala Israel mengeksploitasi keadaan ini dengan mengepung Gaza dari semua arah. Ini mencetuskan krisis kemanusiaan yang hebat di Gaza. Buku ini memaparkan kaedah pengurusan misi bantuan kemanusiaan yang dibuat dalam skala besar yang melibatkan sukarelawan dari pelbagai negara dan latar belakang sosial. Para pembaca didedahkan dengan beberapa pandangan terhadap perbezaan antara misi bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh Freedom Flotilla dengan misi yang lain di samping memperlihatkan bagaimana kelainan yang dibawa oleh misi bantuan ini dapat membantu Gaza dari pelbagai aspek. Kejayaan misi-misi kemanusiaan pada tahun-tahun sebelumnya membawa kepada penganjuran misi Freedom Flotilla Marvi Marmara yang melibatkan kerjasama beberapa negara dengan diketuai oleh sebuah NGO Turki pada tahun 2010. Namun, Israel memperlihatkan keangkuhannya dengan menyerang kapal yang membawa bantuan sehingga menyebabkan berlakunya kematian sukarelawan. Ia mendapat liputan antarabangsa manakala Turki memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel pada masa itu. Terdapat juga rakyat Malaysia yang menyertai misi Marvi Marmara ini. Mereka pulang ke negara dengan diberi sambutan sebagai wira kerana keberanian menghadapi risiko ketika menyertai misi tersebut. Buku ini membincangkan bentuk pengurusan misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla dalam mengendalikan operasi dan cabarannya, terutama dalam berhadapan serangan Israel.

======================================

The Significance Of Islamicjerusalem In Islam

Author: Mohd Roslan Mohd Nor

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008881

Year: 2016

Pages: 230pp

Price: RM52.00

Why do Muslims have a close relation with Islamicjerusalem? What makes the land so central for Muslims? What is the future for Islamicjerusalem within the religiosity understanding and practice? This book is an exploration on how to provide an answer for a few questions related to the region. As such, it will not be focusing on political issues between Palestine and Israel. For the three main monotheistic religions, the region is considered ‘a city of three faiths’. This means that although some scholars attempt to deny its importance in Islam by stating that the word Jerusalem is never mentioned in the Quran, it failed to convince the basis of the denial. This book in particular, will prove that the claim is merely based on failure to understand the names or terminologies in the Quran that refer to the region. This book focuses on the significance of Islamicjerusalem in Islam, based on the two core sources, the Quran and the Hadith. It is an attempt to investigate evidence from these sources as well as from historical aspects which have signified so many stories and events related to the region. This should help form a conceptual framework of how Muslims deal with Islamicjerusalem, be it in the past, present and the future.

======================================

Intifadah Al-Aqsa: Kebangkitan Rakyat Palestin

Author: Mohd Roslan Mohd Nor & Abdul Qayyum M Suhaimi

Publisher: UM Press

ISBN: 978-967-488-023-1

Year: 2018

Price: RM38

Buku ini melihat kebangkitan besar di Palestin iaitu intifadah pada tahun 1987 dan 2000. Tumpuan diberikan pada Intifadah al-Aqsa, iaitu intifadah kedua pada tahun 2000 dan meneliti kesannya kepada proses damai Arab-Israel. Proses damai yang dirangka selepas Intifadah al-Aqsa masih berlanjutan sehingga kini. Perjanjian Oslo pula yang dirangka selepas intifadah pertama pada tahun 1987 terhenti dengan kebangkitan Intifadah al-Aqsa. Intifadah memberi kesan yang besar terhadap proses damai di Palestin dengan isu-isu utama yang menjadi perbalahan sejak sekian lama seperti penempatan Yahudi, hak untuk kembali, sempadan wilayah dan juga status Jerusalem.

Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat Islam kerana kiblat pertama adalah Masjid al-Aqsa. Rakyat Palestin sudah lama menentang Israel khususnya selepas penubuhannya pada tahun 1948. Penentangan terhadap Israel turut melibatkan negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Syria. Konflik yang berlanjutan ini membawa kepada perbincangan dan pelan damai yang diusahakan oleh pelbagai pihak bagi mencapai keamanan di Palestin

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US