Kombo Peguam Kriminal

List price: RM70.00
RM63.00
You save: RM7.00 (10%)
Save 10%
Out of stock

Peguam Kriminal Extended

Author: Arif Azami Hussein 
Publisher: ILHAM Books 
ISBN: 9789672007500
Weight: 0.3 kg 
Pages: 236 pb
Year: 2022
Price: RM35

Manusia suka melihat hasil tanpa mempedulikan proses. Jika kes naik di mahkamah, banyak difokuskan kepada menang atau kalah kes tersebut.

Pernahkah kita terfikir, bagaimana sebenarnya seorang peguam kriminal bekerja bagi memastikan keadilan tertegak? Adakah mudah membela tertuduh yang terlibat dalam kes jenayah?

Peguam Kriminal Extended merupakan karya sekuel Peguam Kriminal karya Ariff Azami. Kali ini, penulis membawa pembaca menyelam babak-babak dalam dunia kepeguaman dengan lebih terperinci dan mendalam. Penulis mendedahkan realiti yang terjadi ketika berhadapan dengan pertuduhan. Buku ini akan membuka mata pembaca untuk memahami bahawa profesion peguam itu mempunyai disiplin ilmu yang perlu diikuti.

Menelusuri kisah-kisah di kamar mahkamah serta perjalanan di sebalik tabir peguam kriminal, penulis menghidangkan kepada kita dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah untuk difahami bagi mereka yang bukan berlatar belakangkan bidang guaman.

 “Jika ingin merasai denyut nadi rakyat marhaen, jadilah peguam kriminal, peguam jalanan.”


Peguam Kriminal

Author: Ariff Azami Hussein

Publisher: ILHAM Press

ISBN: 9789672007432

Weight: 0.35 kg

Year: 2021

Page: 183 pp

Price: RM35

Kerap kali status kerjaya peguam jenayah menjadi persoalan yang bermain di kepala kita. Adakah mereka ini bersekongkol dengan penjenayah untuk melepaskan diri secara sah melalui proses perundangan? Apakah sistem perundangan kita sebegitu longgar sehinggakan peguam jenayah ini boleh melepaskan anak guam mereka yang dituduh dari kesalahan di mahkamah?

Buku Peguam Kriminal merupakan karya pertama Ariff Azami yang terkenal dengan blog Loyar Berjurus ini akan merubah pandangan anda terhadap kerjaya peguam jenayah yang seringkali dipandang negatif dalam masyarakat.

Menyoroti perjalanan kes dan kisah sebalik tabir seorang peguam kriminal, penulis menghidangkan kepada kita dunia penuh teknikaliti ini dengan bahasa yang ringkas, dan mudah difahami bagi mereka yang bukan berlatar belakangkan bidang guaman.

Innocent until proven guilty!

"Satu cetusan pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi bersama dengan masyarakat tentang liku-liku dan tanggungjawab seorang peguam yang mengendalikan kes-kes jenayah di negara ini."

Dato’ Setia Salehuddin Saidin, Peguambela dan Peguamcara

------

Ariff Azami bin Hussein atau nama penanya Loyar Berjurus mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda LL.B (Hons) daripada Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan seorang peguambela dan peguamcara yang beramal sebagai peguam kes-kes jenayah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya. Kini, beliau adalah rakan kongsi di firma guaman Tetuan Azizzul & Ariff yang beralamat di Bangi.

------


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US