Kombo Pengantin Baru

List price: RM150.00
RM138.00
You save: RM12.00 (8%)
Save 8%
In stock
+

Risalah Pergaulan Di Antara Pemuda-pemuda Dan Pemudi

Author: Ustadh Yusuf bin ‘Abd Al-Raḥman

Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN : 9789671698419

Weight: 0.11 kg

Year: 2019

Page: 34

Price : RM15

Sebuah risalah kecil yang merangkumkan nasihat dan panduan kepada para pemuda-pemuda dan pemudi dalam pergaulan seharian, khususnya dalam menubuhkan perkumpulan atau kelab pemuda-pemudi di tanah air. Pemuda-pemudi diseru agar menjaga akhlaq, disiplin dan kehormatan, serta sentiasa insaf dan sedar untuk menjauhkan diri daripada jurang kehinaan, kebinasaan dan kemurkaan Allah.

-----

Rahsia Pengantin Baharu

Author: Imbang Jaya

Publisher: Klasika Media

ISBN: 978-967-15716-4-4

Year: 2018

Pages: 208 pp

Price: RM45

- dilengkapi dengan perūmīan bernota kaki, glosari dan indeks

- naskhah aṣal Jāwī dilampirkan

- cetakan pada kertas bermutu tinggi

Ringkasan:

Rahsia Pengantin Baharu ialah sebuah khazanah karya ‘ilmu perkasihan Jāwī.

Bahagian awwal karya ini ialah naṣīḥat perkahwinan untuk orang tua, bakal suami dan bakal isteri, termasuklah menjelaskan pemeliharaan keṣihatan dan kebersihan bakal mempelai.

Selanjutnya, karya ini membicarakan persediaan malam pengantin dan sa‘at-sa‘at menjalinkan huungan kelamin dengan bahasa yang nyata dan tertib.

Istimewanya penulisan ‘ilmu perkasihan ini tidak menonjolkan kelucahan mahupun berṣifat erotis.

Sebuah judul yang khaṣ membicarakan ‘ilmu perkasihan dari khazanah Jāwī. ‘Ilmu perkasihan, sepertimana matlamat penulisan karya ini, ialah rahsia kepada kebahagiaan rumah tangga.

Karya ini ialah salah satu daripada koleksi Rumah Tangga Jāwī.

Sangat sesuai untuk bacaan bakal pengantin yang bakal melayari malam pertama. Baik untuk pengantin lelaki mahupun pengantin perempuan.

Peringatan:

Bagi yang tidak akan berkahwin atau pembaca bawah ‘umur mahupun mereka yang tidak matang atau seqadar mencari keseronokan - amatlah dilarang membacanya!

Anda telah diperingatkan.

-----

Haqq-Haqq Laki Bini

Author: Muhammad Hashim Yunus

Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN : 9789671698402

Weight: 0.3 kg

Year: 2019

Page: 108

Price : RM35

Al-Ustādh al-Shaykh Maḥmūd Yāsīn telah menulis sebuah rencana di dalam Majallah Nūr al-Islām tentang ḥaqq ḥaqq laki bini yang menjadi asās dalam sesebuah keluarga. Tulisan ini telah diterjemahkan daripada bahasa ‘Arab ke dalam bahasa Melayu oleh Muḥammad Hāshim Yūnus dan diterbitkan pada tahun 1932.

Kitāb ini mengandungi sepuluh ḥaqq suami ke atas isteri, dan juga sepuluh ḥaqq isteri ke atas suami. Jumlah ḥaqq yang sama, tetapi dengan kandungan ḥaqq yang berbeza: supaya tiada ungkitan siapa yang lebih berkuasa. Setiap ḥaqq yangdinyatakan adalah berdasarkan dalīl al-Qur’ān dan Sunnah,kerana al-Qur’ān adalah farmasi kehidupan, dan Sunnah adalah panduan perjalanan. Kitāb ini juga harus menjadi bekalan buat lelaki dan wanita yang hendak melangkah ke ‘ālam perkahwinan, dan juga makana yang dihadam buat suami dan isteri yang telah pun mengemudi bahtera rumah tangga.

-----

Kitab Dunya Ibu: Panduan Mengandung dan Memelihara Anak Kecil
Author:
Publisher: Akademi Jawi Malaysia

ISBN: 9789672422075

Weight: 0.382kg
Year: 2020
Page: 250pp
Price : RM55




1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US