Kombo Perjuangan

List price: RM163.00
RM145.00
You save: RM18.00 (11%)
Save 11%
In stock
+

Mencari Identiti: Bertandang ke Bumi Firaun

Author: Mahmood Zuhdi Ab Majid
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007517
Weight: 0.4 kg
Pages: 295 pp
Year: 2022
Price: RM40

Bertandang ke Bumi Firaun yang berkesinambungan dari Budak Surau dan Budak Nilam Puri merupakan jilid ketiga daripada tujuh dalam siri autobiografi Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang berjudul Mencari Identiti.

---

Bertandang ke Bumi Firaun mengisahkan jalan hidup penulis yang berkelana ke Mesir dalam perjuangan mencari identiti membina kedewasaan. Dengan kudrat yang ada dan teman baharu pendamping dalam hidupnya, Mahmood Zuhdi berkelana ke bumi Firaun menempuh cabaran menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, sebuah institusi Islam tersohor di dunia.

Oleh kerana hasrat yang ingin dicapai, segala liku kehidupan di Mesir beliau lalui dengan tabah. Penumpuan terhadap pelajaran diberikan sepenuhnya agar beliau menjadi produk keluaran Nilam Puri yang cemerlang di Mesir. Meskipun begitu, Mahmood Zuhdi tetap menikmati kehidupan di Mesir dengan pelbagai pengalaman dan pengamatan yang menarik. Penceritaan beliau seolah-olah membawa kita mengembara zaman 1970-an terutama suasana di Universiti Al-Azhar dan kota Kaherah. 

Bergaul dengan masyarakat Arab memerlukan teknik tertentu agar tidak ditipu bulat-bulat atau akur tanpa menegakkan hak sendiri. Melalui 'ajaran' seorang wanita Arab, beliau menggunakan ilmu tersebut ketika melakukan urusan harian terutama apabila membeli barangan di pasar. Kalau tiada skil, boleh ditipu hidup-hidup kerana terlalu lurus. Kuncinya ialah menguasai bahasa mereka jika tidak mahu dipergunakan.

Penulis juga turut merasakan detik-detik cemas menjadi pelarian perang dan setiap masa yang berlalu sebelum menjejakkan kaki ke tanah air dirasakan begitu perlahan dan menjadi suatu catatan yang berharga dipersembahkan dalam buku jilid ketiga siri autobiografi Mencari Identiti ini.

==================

Mencari Identiti: Budak Nilam Puri

Author: Mahmood Zuhdi Ab Majid
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007449
Weight: 
Pages: 264pp
Year: 2021
Price: RM40

Setelah selesai pengajian peringkat menengah dan menjadi guru di sebuah sekolah rendah, perjalanan untuk mencari identiti diteruskan di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, atau lebih dikenali sebagai Nilam Puri. Pada peringkat ini, Budak Surau telah bertukar sebagai Budak Nilam Puri. Perjalanan intelektual dan permulaan penglibatan beliau dalam kehidupan berorganisasi di pusat pengajian membawa beliau untuk terlibat dalam parti politik bernuansa Islam, sesuai dengan latar belakangnya dari pusat pengajian Islam. Semua pengalaman yang ditimba ini membantu beliau untuk membentuk cara fikir dan cara pandang dalam kehidupan bermasyarakat. 

Budak Nilam Puri yang berkesinambungan dari Budak Surau merupakan jilid kedua daripada tujuh dalam siri autobiografi Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang beliau namakan sebagai Mencari Identiti.

==================

Mencari Identiti: Budak Surau

Author: Mahmood Zuhdi Ab Majid

Publisher: ILHAM Press

ISBN: 9789672007364

Weight: 0.3 kg

Year: 2020

Page: 232 pp

Price: RM35

Budak Surau adalah cerita hidup seorang budak kampung yang lahir dalam sebuah keluarga tradisional Melayu yang konservatif, dan bagaimana ia berusaha mengeluarkan dirinya dari kepompong asal tersebut tanpa melupakan hakikat bahawa dia sebenarnya sebahagian daripada kepompong itu. Perjalanan beliau yang penuh kisah, membentuk beliau sehingga ke tahap seperti hari ini, wajib dibaca oleh anak muda yang dahaga ibrah sebuah kembara mencari identiti, untuk makna sebuah kehidupan.

Budak Surau adalah merupakan jilid pertama daripada enam jilid, dalam siri autobiografi Prof. Emeritus Dato' Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang beliau namakan sebagai Mencari Identiti.

==================

Mencari Identiti: Perjuangan Tanpa Noktah

Author: Mahmood Zuhdi Ab Majid
Publisher: ILHAM Press
ISBN: 9789670067001
Weight: 
Pages: 526pp
Year: 2022
Price: RM48

Sepulangnya Mahmood Zuhdi dari bumi firaun, beliau bermula dengan menjadi tenaga pengajar di Nilam Puri sambil terlibat secara selingan dalam politik walaupun beliau bukan pemain utama. Dalam kesempatan yang ada, beliau juga giat menjalankan kerja-kerja dakwah dalam jemaah dengan kudrat yang ada. 

Perjuangan menuntut ilmu bermula semula dan beliau kembali berpisah dengan keluarga, di antara Kota Bharu dan Kota London. Telah menjadi kebiasaan kepada Mahmood Zuhdi hidup secara survival dan kini bertungkus lumus menyempurnakan ijazah doktor falsafahnya dengan dibimbing mahagurunya di School of Oriental and African Studies.

Mahmood Zuhdi mula menyesuaikan diri di Kota Inggeris dengan berbekalkan pengalaman yang dikutip dari Nilam Puri dan Kaherah sebelum ini, namun petualangan kali ini amat berbeza dengan cabaran besar dihadapi di bumi yang majoritinya mengamalkan agama dan adat yang semestinya berbeza.

London menjadi saksi Mahmood Zuhdi mengimbangi perjuangan antara kehidupan dan sarjananya, ibarat rusa masuk kampung, keluarga yang berada di kampung halaman sentiasa berada di dalam fikiran menjadi penyokong dalam menelusuri budaya dan kebiasaan yang baru.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US