Prinsip dan Kaedah Universal Dalam Shar'iah: Sebuah Perbahasan Dalam Ilmu Maqasid Al-Shar'iah
Origin: Al-Kulliyyat al-Asasiyyah Li al-Shari’ah al-Islamiyyah
Author: Sheikh Ahmad al-Raisuni
Translator: Marwan Bukhari
Publisher: Maqasid Institute
ISBN: 9789671558911
Pages: 219 pp
Price: RM40.00
Buku ini memberi fokus terhadap perbincangan berkaitan prinsip dan kaedah universal dalam Shari'ah. Prinsip dan kaedah universal merupakan antara aspek terpenting dalam memahami Shari'ah serta merupakan antara topik penting dalam ilmu Maqasid al-Shari'ah. Hal tersebut kerana kefahaman terhadap Shari'ah akan bermasalah sekiranya tidak dirujuk kepada prinsip dan kaedah utamanya yang bersifat universal merentas masa dan tempat. Prinsip dan kaedah yang terkandung dalam buku ini membentuk kaedah berfikir yang lebih bersistem, holistik, terbuka, multidimensi dan berstruktur. Pendekatan penulis yang menulis dan menyusun perbincangan dengan baik menjadikan buku ini lebih mudah difahami oleh para pembaca.
-------------------------------
Syura & Demokrasi Dari Perspektif Maqasid al-Shari'ah
Penulis: Sheikh Ahmad al-Raisuni
Penterjemah: Ustaz Rosli Mokhtar
Penerbit: Institut Darul Ehsan
ISBN: 9789672066163
Medan ilmu Islam moden telah menyaksikan kehadiran ratusan karya penulisan yang pelbagai bentuk mengulas isu syura. Apakah penulisan ini telah tepu? Masih adakah sesuatu yang baharu untuk dikatakan dan ditambah?
Buku ini secara umumnya bertujuan memperjuangkan isu syura daripada segi ilmiah dan praktisnya. Demi mencapai kedudukannya itu, buku ini cuba untuk memberikan sumbangan yang bermakna di samping penulisan terdahulu tentang syura, khususnya apabila dibandingkan dengan penulisan moden. Buku ini juga memfokuskan kepada menjelaskan dan membetulkan beberapa isu cabang yang berfungsi melangkapkan binaan syura dan gagasannya. Isu-isu cabang itu ada yang menyentuh secara langsung dengan syura dan ada yang berkaitan dengan kepentingan dan peranan syura dalam sistem pemerintahan Islam.
Dari sudut praktis, penulisan ini bertujuan memperkasakannya sehingga mampu menjadi garis panduan dan parameter syura dalam menjadikannya penggerak kepada kebangkitan ummah dan kegemilangannya.
-------------------------------
Kuasa Rakyat: Menanggapi Isu-Isu Demokrasi, Kebebasan Bersuara dan Kesenian
Origin: Al-Ummah Hiya Al-Asl
Author: Sheikh Ahmad al-Raisuni
Translator: Zolkharnain Abidin
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789671292464
Pages: 140 pp.
Price: RM22.00
Benarkah demokrasi yang lahir di bumi orang bukan Islam diterima oleh Islam dari sudut amalannya? Bagaimana pula kedudukan majoriti yang menjadi teras demokrasi itu sendiri? Bukankah demokrasi lahir, membesar dan berkembang di bumi yang gersang ketuhanan? Bagaimanakah hubungan antara rakyat dengan pemimpin? Adakah rakyat benar wajib wala’ dan mentaati kepada pemimpin sepenuhnya?
Apakah jaminan Islam terhadap kebebasan bersuara dalam sesebuah negara? Bagaimana Islam menangani kebebasan bersuara yang dianggap menggugat ketenteraman awam oleh kerajaan korup dan mengancam aqidah rakyat oleh sebahagian penggiat gerakan Islam?
Bagaimana pula Islam menangani isu kesenian? Dari sudut pandang manakah isu kesenian wajar ditangani? Apakah agama Islam yang bersifat fitri ini meminggirkan kesenian dalam lingkungan perbincangannya?
Buku ini akan membimbang anda:
- Memahami kembali arahan syarak dalam al-Quran dan hadith berkaitan urusan kenegaraan dan kemasyarakatan sebagai arahan yang ditujukan kepada ummah atau rakyat bukan kepada daulah dan pemimpin secara khusus.
- Menelusuri isu-isu kritikal negara dan masyarakat seperti demokrasi, kebebasan bersuara dan kesenian dari sudut pandang Maqasid Syariah.
- Membangkitkan kesedaran terhadap keperluan menggerakkan massa untuk mengambil kembali kuasa rakyat yang dibolot dan dimonopoli oleh penguasa bobrok.
- Mengikis kerisauan sebahagian aktivis gerakan Islam terhadap beberapa isu utama amalan demokrasi dan kebebasan bersuara yang disifatkan sebagai produk barat yang mengancam pegangan agama umat Islam.
- Melihat kesesuaian pelaksanaan hukum Islam khususnya hudud dalam konteks politik dan negara pada hari ini.
- Meninjau aktiviti kesenian dari sudut pandang tahsiniyyat dan wahana berbanding sudut pandang biasa iaitu hitam putih atau halal haram
------------------------------
Kebebasan dan Pembebasan: Perbahasan Dalam Konteks Maqasid Shari'ah
Author: Sheikh Ahmad al-Raisuni
Publisher : Institut Darul Ehsan
ISBN: 9789671406977
Pages:
Price: RM29.00
Apakah hubungan antara Islam tentang kebebasan ? Apakah konsep kebebasan yang diterima oleh Islam dan apa pula aliran yang tidak diterima oleh Islam ? Bagamana sewajarnya umat Islam berinteraksi dengan isu-isu berkaitan kebebasan dan hak asasi manusia? Demikian merupakan antara persoalan yang cuba dijawab oleh Sheikh Dr. Ahmad al-Raisuni; tokoh Maqosid al-Shari'ah dan pemikir Muslim kontemporar yang berasal dari Maghribi.
Buku ini merupakan pandangan Dr. Ahmad al-Raisuni berhubung persoalan-persoalan asas dan lazim setiap kali kita membicarakan tentang 'Islam dan kebebasan'. Apa yang sentiasa menarik dalam karangan al-Raisuni ialah walaupun topik yang dibincangkan oleh tokoh dan penulis yang lain, namun karangannya sentiasa mempunyai tarikan menerusi pandangan yang tersendiri.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.