Kombo Risalah An-Nur (Melayu)

List price: RM224.00
RM201.60
You save: RM22.40 (10%)
Save 10%
In stock
+

Risalah Keikhlasan dan Ukhuwwah

Author: Badiuzzaman Said Nursi
Publisher: Penerbitan Hayrat
ISBN: 9786051934962
Weight: 
Pages: 104pp
Year: 2021
Price: RM17

Risalah Keikhlasan dan Ukhuwwah merupakan karya Badiuzzaman Said Nursi yang terdiri daripada 2 bahagian.

Bahagian pertama iaitu Risalah Keikhlasan membicarakan sebab-sebab perpecahan antara umat Islam dan penawar bagi setiap masalah perpecahan tersebut. Selain itu, Said Nursi juga membahaskan kepentingan memiliki sifat ikhlas, bagaimana cara-cara untuk memperolehinya, prinsip-prinsip keikhlasan dan faktor-faktor penyebab kepada ketidakikhlasan dalam risalah yang sama. 

 Manakala Risalah Ukhuwwah pula membahaskan sikap-sikap seperti berpuak-puak (taksub), keras kepala dan perseteruan dalam kalangan orang mukmin adalah bermudarat serta menjadi racun kepada kehidupan manusia. Pada bahagian penutup, Said Nursi menafsirkan ayat ghibah (mengumpat) dari surah al-Hujurat ayat 12 dengan menunjukkan i’jaz al-Quran dan dalil-dali keburukan mengumpat.

--------------

Risalah Iman & Solat

Author: Badiuzzaman Said Nursi
Publisher: Penerbitan Hayrat
ISBN: 
Weight: 
Pages: 
Year: 2021
Price: RM 17

----------

Kalimah-Kalimah Kecil

Author: Badiuzzaman Said Nursi
Publisher: Penerbitan Hayrat
ISBN: 9786051934976
Weight: 0.4kg
Pages: 80pp
Year: 2021
Price: RM17


Kalimah-Kalimah Kecil merupakan nasihat spiritual kepada nafsu-nafsu kita. Buku ini terdiri daripada Kalimah Pertama sehingga Kalimah Kesembilan. Badiuzzaman Said Nursi memberikan nasihat yang pertama kepada dirinya sendiri kemudian kepada semua pembaca dengan mendatangkan lapan cerita perumpamaan seorang askar kemudian menjelaskan hakikat daripada cerita perumpamaan tersebut. Kalimah Pertama sehingga Kelapan merupakan tafsir dari lapan ayat al-Quran. Manakala Kalimah Kesembilan menjelaskan hikmah pengkhususan solat pada lima waktu yang telah ditentukan itu.

----------

Pedoman Masa Muda

Author: Badiuzzaman Said Nursi
Publisher: Penerbitan Hayrat
ISBN: 9786055432065
Weight: 
Pages: 234pp
Year: 2021
Price: RM17

----------

Risalah Hasyir

Author: Badiuzzaman Said Nursi
Publisher: Penerbitan Hayrat
ISBN: 9786051934983
Weight: 
Pages: 160pp
Year: 2021
Price: RM20

Risalah Hasyir atau Hari Kebangkitan merupakan Kalimah Kesepuluh daripada koleksi Risalah An-Nur. Menerusi risalah ini, Badiuzzaman Said Nursi menjelaskan bukti-bukti kewujudan hari kebangkitan dengan hujah aqli dan naqli. Risalah ini diceritakan dalam bentuk perumpamaan, tamsilan dan cerita untuk memudahkan kefahaman dan menunjukkan bahawa hakikat-hakikat Islam adalah sangat logik, sesuai, kukuh dan saling bersandar antara satu sama lain. Makna bagi semua cerita tersebut ialah hakikat-hakikat yang terdapat di penghujungnya, ianya bukanlah cerita khayalan bahkan ialah hakikat.

----------

Lima Risalah

Author: Badiuzzaman Said Nursi
Publisher: Penerbitan Hayrat
ISBN: 9786051934952
Weight: 0.4kg
Pages: 128pp
Year: 2021
Price: RM18

Lima Risalah merupakan buku yang mengumpulkan risalah-risalah asas daripada koleksi Risalah An-Nur. 5 risalah ini terdiri daripada;

  • Kalimah Pertama menafsirkan kalimah Basmalah secara maknawi.
  • Hujah keimanan ke-10 merupakan risalah yang menjelaskan al-imanu billah (beriman kepada Allah), makrifatullah (mengenali Allah), mahabbatullah (cinta kepada Allah) dan kelazatan rohaniah. 
  • Hujah keimanan ke-6 memberikan hujah secara naqli dan aqli tentang kewujudan hari kebangkitan.
  • Kalimah Ke-19 tentang Kerasulan Nabi Muhammad SAW ini membicarakan kenabian dan bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW.
  • Risalah Ikhlas menjelaskan kepentingan memiliki sifat ikhlas, bagaimana cara-cara untuk memperolehinya, prinsip-prinsip keikhlasan dan faktor-faktor penyebab kepada ketidakikhlasan.
  • Risalah Alam memberikan hujah dan pembuktian kewujudan Allah dengan menolak argumen-argumen golongan ateis. 

Risalah-risalah yang dikumpulkan membentuk Lima Risalah ini merupakan hakikat keimanan yang asas, menjadikan buku ini sangat penting bagi pemula untuk membaca Risalah An-Nur.

----------

Pedoman Para Wanita

Author: Badiuzzaman Said Nursi
Publisher: Penerbitan Hayrat
ISBN: 9786055432065
Weight: 
Pages: 234pp
Year: 2021
Price: RM18

Antara perbahasan yang menarik dalam buku Pedoman Para Wanita ini:

- Keistimewaan wanita dan ciri-ciri pahlawan kasih sayang
- Tatacara dan keutamaan dalam memilih pasangan hidup 
- Bagaimana pasangan suami isteri dapat menjadi teman abadi di dunia dan akhirat
- Peranan ibu bapa dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak
- Hikmah-hikmah pensyariatan hijab kepada para wanita
- Hakikat cinta dan cara mengendalikan rasa cinta yang sebenar
- Kecenderungan golongan wanita berusia kepada pelajaran agama
- Hikmah kehilangan cahaya mata kecil di dunia
- Menjawab isu menikahi isteri kepada anak angkat, poligami, perhambaan dan tawanan perang

----------

Risalah Isra' Dan Mi'raj

Author: Badiuzzaman Said Nursi
Publisher: Penerbitan Hayrat
ISBN: 9786051935102
Weight: 0.115 kg
Pages: 95pp
Year: 2022
Price: RM18

Buku Risalah Isra' dan Mi'raj merupakan salah satu risalah daripada buku Risalah An-Nur pada bahagian Al-Kalimat iaitu Al-Kalimat ke-31. Risalah ini telah ditulis di Barla pada tahun 1929. Kandungan risalah ini terdiri daripada penerangan peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W. Menurut Imam Nursi, peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah satu natijah yang datang selepas asas-asas rukun Iman. Oleh itu, peristiwa ini tidak boleh diceritakan kepada mereka yang tidak beriman kepada Allah s.w.t, Rasul, Malaikat serta makhluk yang wujud di langit. Buku ini lebih disasarkan kepada golongan muslim yang meragui akan kejadian peristiwa tersebut. Golongan mulhid (ateis) juga menjadi pendengar dalam risalah ini dan mereka ada melontarkan persoalan mengenai peristiwa itu. Kemudian, Imam Nursi menjawab setiap persoalan mereka secara logik dan memuaskan. 


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US