Kombo Tafsir TGNA

List price: RM507.00
RM456.00
You save: RM51.00 (10%)
Save 10%
In stock
+

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fatihah - hardcover

Publisher: Pertubuhan Alim Rabbani

ISBN: 9789671771204

Pages: 104

Year: 2019

Weight: 0.31kg

Price: RM 30

Buku ini membincangkan setiap butir bicara hikmah menghuraikan Kalam Allah yang disampaikan setiap pagi Jumaat. Selepas 4 tahun Almarhum Tuan Guru meninggalkan kita, akhirnya penerbitan ini dapat direalisasikan. Penerbitan Tafsir Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kesinambungan penerbitan tafsir yang pernah diterbitkan oleh beberapa pihak di era 90an.

Audio asalnya ditranksip semula, kemudian dimasak dan diadun dengan tertib supaya semua orang di Malaysia dapat membacanya. Pembaca akan merasai 'kanji-kanji' bicara Tuan Guru yang segar dan enak melalui hidangan huraian Tafsir Al-Quran.

-----------------------------------

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Nas, Surah Al-Falaq, Surah Al-Ikhlas (HARD COVER)

Author: Nik Abdul Aziz Nik Mat

Publisher: Pertubuhan Alim Rabbani

ISBN:

Pages:

Weight: 0.31 kg

Year: 2020

Price: RM 32

Selepas Surah al-Fatihah, Surah al-Nas, Surah al-Falaq dan Surah al-Ikhlas ialah trio surah yang dekat di hati orang Islam di Alam Melayu khususnya. Kita mengenal tiga surah ini sejak sedari kecil lagi dengan nama Tiga Qul. Dibaca hampir setiap hari tanpa memahami maksud setiap kalimah dan ayatnya ketika itu.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah memberitahu bahawa surah pertama yang dihuraikan di Masjid Pulau Melaka apabila baru sahaja pulang daripada melanjutkan pelajaran di luar negara ialah Surah al-Nas. Beliau mengetahui surah ini dekat di hati orang Melayu.

Walaupun kita tidak ada rakaman huraian pertama pada tahun 1962 itu. Tetapi melalui buku tafsir ini, kita boleh andaikan ia seakan sama pengisiannya di saat kali pertama diucapkan. Tambahan pula Tuan Guru mengaitkan pula hubungan Surah al-Nas dengan Surah al-Fatihah sebagai surah yang terakhir dan surah yang pertama.

Huraian kembar Surah al-Nas iaitu Surah al-Falaq yang diturunkan bersama sekaligus akan melengkapkan lagi kefahaman kita terhadap dua surah yang digelar al-Mu'awwizatayn iaitu dua perlindungan. Meminta perlindungan daripada Allah daripada segala gangguan yang wujud di dunia ini sama ada daripada kalangan jin dan manusia.

Setiap deruan untaian kata-kata Tuan Guru menghuraikan surah-surah ini akan 'memanaskan' ruang fikiran kita sehingga dapat meruntuhkan pegangan lapuk yang sering disalahfahami selama ini. Kita menyangka dua surah ini hanyalah ayat-ayat jampi untuk menghalau hantu dan syaitan, sedangkan ia lebih dari itu.

Surah al-Ikhlas pula surah utama dalam memahami tentang ketuhanan dan aqidah Islam. Tuan Guru yang sentiasa teguh dan tegak membawa tema tauhid kepada Allah, menghembuskan butiran mutiara berharga bagi mempateri lebih kukuh pegangan tauhid pendengar dan pembaca.

Justeru, pasak kefahaman daripada Tiga Qul ini akan menenangkan hati yang duka, menggembirakan hati yang gundah gulana. Keyakinan kepada Allah akan semakin bertambah melalui lisan bicara Murabbi Ummah,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

---------------------------------

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Masad. Al-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar,Al-Ma'un & Quraisy - Hard Cover

Author: Ahmad Saifudin Yusof, Tengku Nurhusni Tengku Ab Razak

Publisher: Pertubuhan Alim Rabbani

ISBN: 9789671771235

Weight: 0.333kg

Pages: 148hb

Year: 2021

Price: RM35

Enam surah berangkai ini dihuraikan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat secara berpasangan. Surah Al-Masad bersama Surah al-Nasr, Surah al-Kafirun bersama Surah al-Kauthar dan Surah al-Ma'un bersama Surah Quraisy. Surah-surah pendek atau dikenali dengan nama 'surah-surah lazim' yang dilazimi oleh umat islam membacanya di dalam solat, mengandungi cerita dan kisah suka dan duka Rasulullah Sollallahu 'Alayhi Wasallam berdakwah di Mekah dan di Madinah. Berumula dengan kisah diganggu secara mental dan fizikal oleh Abu Lahab sehuingga Abu Lahab dimaki semula oleh Allah di dalam Surah al-Masad. Dikisahkan pula tentang tingkah laku orang-orang Arab Quraisy yang mempunyai wibawa dan kredibiliti di Semenanjung Arab. Disambung pula pada surah lain bagaimana penolakan orang yang ingkar kepada Allah dan kufur kepada kebenaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah. Cantuman kisah dan peristiwa itu berakhir pada Surah al-Nasr yang menceritakan kemenangan usaha dakwah Rasulullah yang terang dan nyata. Lenggokan dan lantunan butir bicara hikmah Tuan Guru sungguh mengasyikkan, apabila kita membaca baris-baris cerita Rasulullah yang mulia. Susunan huraian setiap ayat di dalam surah-surah i ni melancarkan aliran kefahaman kita terhadap makna-makna perkataan yang kelas terpancar daripada lautan ilmu Tuan Guru yang dalam.

---------------------------------

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Yunus - Hard Cover

Author: Ahmad Saifudin Yusof, Tengku Nurhusni Tengku Ab Razak

Publisher: Pertubuhan Alim Rabbani

ISBN: 9789671771273

Weight: 0.808

Pages: 526hb

Year: 2021

Price: RM70

Kisah Nabi Yunus terpapar dalam empat buah surah di dalam Al-Quran. Turutan penurunannya memberi ibrah dan pengajaran buat Rasulullah Sollallahu 'Alayhi Wa Sallam.Kisah-kisah nabi Yunus bermula turunnya daripada Sural Al-Qalam, kemudian Surah Yunus, diikuti Sural al-saffat dan akhir sekali di dalam Surah Ai-Anbiya'. Kandungan di dalam surah ini melatari kejadian dan peristiwa yang berlaku semasa dakwah Rasulullah sewaktu d Mekah. Memberi semangat dan motivasi keramat sehingga baginda dapat bangkit setiap hari untuk berdakwah kepada penduduk Mekah ketika itu.bagi orang yang mantap iman manakala penutupnya berkenaan jaminan kekalahan bagi orang yang tetap memilih kubur berbanding iman.

----------------------------------

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Hud - Hard Cover

Author: Ahmad Saifuddin Yusof & Haszrul Azrie Zakaria

Publisher: Pertubuhan Alim Rabbani

ISBN: 9789671771266

Weight: 0.459

Pages: 459hb

Year: 2021

Price: RM60

Buku Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi Surah Hud ini merupakan terbitan pertama koleksi buku-buku tafsir oleh al-Marhum Tuan Guru. la diterbitkan pada tahun 1996. Mengapa surah ini tertebih dahulu dipilih oleh jawatankuasa penerbitan?

Surah ini dipilih memandangkan al-Marhum Tuan Guru menghuraikannya dalam dua situasi. Pertama, situasi sebelum Tuan Guru memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Kedua, selepas Tuan Guru memegang tampuk pemerintahan di negeri Kelantan. Justeru, berdasarkan kedua-dua huraiannya, kita boleh melihat perbezaan penerangan Tuan Guru.

Tema utama Surah Hud ini terkandung di dalam ayat kedua yang berbunyi; "(AL-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatu pun melainkan Allah."

Mesej ini terkandung di dalam risalah semua para nabi sama ada Nabi Adam, Nabi Yunus, Nabi Hud, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan semuanya; 'Alayhimussolatuwas Salam.

Mesej bersifat universal yang disampaikan oleh para Nabi kepada kaum mereka ini juga turut disampaikan oleh Nabi Muhammad Solallahu 'Alayhi wa Sallam kepada seluruh manusia hingga akhir zaman. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalam surah ini menceritakan pergelutan manusia dalam menerima kebenaran dan menolak kebatilanserta menerangkan pergelutan mereka untuk menerima keimanan dan menolak kekufuran.

Pembukaan surah ini menjelaskan jaminan kemenangan bagi orang yang mantap iman manakala penutupnya berkenaan jaminan kekalahan bagi orang yang tetap memilih kubur berbanding iman.

---------------------------

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Waqiah - Hard Cover

Author: Ahmad Saifuddin Yusof & Haszrul Azrie Zakaria

Publisher: Pertubuhan Alim Rabbani

ISBN: 9789671771259

Weight: 0.338

Pages: 148hb

Year: 2021

Price: RM45

Surah al-Waqi'ah antara surah yang terkenal di Alam Melayu. Ada yang membacanya setiap hari, ada yang membacanya setiap hari Jumaat atau sebelum tidur.

Surah ini padat dan sarat dengan perkara ghaib tentang Hari Kiamat, syurga dan neraka. Bermula dengan gegak gempita kejadian hari kiamat di mana bumi akan di'khe-nyek' (dihancurkan) dengan kemusnahan yang amat dahsyat. Diikuti pula nikmat syurga dan azab neraka yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga, terlintas di hati dan terjangkau oleh akal manusia. Allah Subhanahu wa Ta'ala menggambarkannya dalam ayat-ayat yang pendek di dalam Surah al-Waqi'ah ini.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghuraikan surah ini melalui ilmu Sastera Arab beliau yang mendalam. Beliau dapat menghuraikan ayat demi ayat dengan konotasi yang tepat ayat demi ayat, kalimah demi kalimah.

Pasak demi pasak yang sentap dan padu, almarhum Tuan Guru 'menjolok' dan 'mencucuk' telinga para pendengar agar tersemat kemas dan terikat mati' di sanubari kalbu yang Muslim dan Mukmin. Melalui bicara mutiara hikmah Tuan Guru, kita telusuri samudera Kalam Ilahi dalam Surah al-Waqi'ah.

---------------------------

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fil, Surah Al-Humazah, Surah Al-'Asr, Surah Al-Takathur - HardCover

Author: Ahmad Saifuddin Yusof & Haszrul Azrie Zakaria

Publisher: Pertubuhan Alim Rabbani

ISBN: 9789671771228

Weight: 0.357

Pages: 166hb

Year: 2021

Price: RM40

Buku tafsir empat surah dalam Juzuk 30 ini antara surah-surah yang terkenal di alam Melayu. Mengikut susunan mengundur, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menghuraikan empat surah ini bermula Surah al-Fil, Surah al-Humazah, Surah al-'Asr dan Surah al-Takathur.

Kesinambungan daripada buku tafsir 6 surah iaitu Surah al-Masad hingga Surah Quraisy, buku tafsir ini membawa kita untuk memahami dengan lebih dalam tunjangan akidah Islam yang sebenar. Almarhum Tuan Guru membawa kita menelusuri setiap bilah-bilah perkataan yang terkandung di dalam surah-surah Kalamullah yang agung ini, sehingga terasa seolah-olah kita melihat dan mengalami sendiri denyut nadi perjuangan baginda menyebarkan akidah Tauhid kepada Allah 'Azza wa Jalla.

Deruan dan arus untaian kalimah Mutiara bicara Almarhum Tuan Guru, memberi kita visual yang jelas dalam meneroka kalimah Al-Quran yang mulia.

-------------------

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Rahman

Author: Nik Abdul Aziz Nik Mat
Publisher: Pertubuhan Alim Rabbani
ISBN: 
Weight: 
Pages: 215pp
Year: 2021
Price: RM48

Surah al-Rahman seolah-olah ‘kembar’ kepada Surah al-Waqi’ah. Kandungannya sangat unik memandangkan terdapat pengulangan sebanyak 31 kali pada ayat ini;

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? – Surah al-Rahman (55): 13

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat huraian yang jelas patah demi patah perkataan di dalam ayat-ayat Surah al-Rahman. Walaupun penat dengan tugas selepas pilihan raya umum 2008 ketika itu, Tuan Guru tetap memberi perhatian sepenuhnya dalam menghuraikan ayat demi ayat surah ini. 

Penjelasan Tuan Guru tentang azab neraka dan nikmat syurga daripada kandungan surah ini dapat memberi satu refleksi dan muhasabah terhadap sesiapa yang mendengar kuliah beliau atau membaca buku ini.

Surah al-Rahman memberi fokus perihal beriman kepada Hari Akhirat yang sering diberi penekanan oleh Tuan Guru supaya percaya dan beriman dengan sungguh-sungguh terhadap balasan Allah kepada manusia.

-----------------

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Yasin

Author: Nik Abdul Aziz Nik Mat
Publisher: Pertubuhan Alim Rabbani
ISBN: 
Weight: 
Pages: 318pp
Year: 2021
Price: RM58

Surah Yasin merupakan antara surah yang sangat dekat di hati kita rakyat Malaysia. Surah yang banyak diamalkan sama ada dibaca pada setiap malam Jumaat atau pada majlis-majlis kenduri. Umum mengetahui fadilat-fadilatnya namun berapa ramai di antara kita yang memahami isi kandungan surah Yasin.

Surah Yasin mengandungi ajaran-ajaran tunjang dan asas dalam agama, tentang kenabian Rasulullah s.a.w., kisah 3 orang rasul yang diutuskan kepada penduduk sebuah qaryah, bagaimana manusia akan dimatikan dan dihidupkan semula begitu juga tentang kiamat. Di dalam Tafsir Surah Yasin, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengupas topik-topik ini dengan contoh dan analogi yang mudah untuk kita faham dan amalkan dalam kehidupan

Tuan Guru juga menegaskan tentang pentingnya untuk kita memahami 'isi' Yasin terlebih dahulu sebelum 'kulit' (fadilat)

Semoga dengan membaca Tafsir Tuan Guru ini akan menambahkan lagi kecintaan dan kefahaman kita terhadap surah Yasin yang sering kita baca hampir setiap minggu.

--------------

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al Qariah, Surah Al Adiyat, Al Zalzalah dan Surah Al Baiyinnah

Author: Ahmad Saifuddin Yusof, Tengku Nurhusni Tengku Ab Razak
Publisher: Alim Rabbani 
ISBN: 9789671949535
Weight: 
Pages: 158pp
Year: 2022
Price: RM34

Surah al-Qari'ah, Surah al-A'diyat, Surah al-Zalzalah dan Surah al-Bayyinah ini tidak asing bagi masyarakat kita. Walaupun kepanjangan ayatnya agak panjang berbanding surah-surah di dalam buku mengaji Muqaddam, namun kandungan ayatnya mempunyai kesinambungan daripada surah-surah lain.

Surah-surah awal daripada juzuk 30 ini memasakkan ke dalam hati sanubari pembaca dan peneliti ayat-ayat ini dengan aqidah yang kukuh. Bermula dengan Tauhid kepada Allah sehinggalah kepercayaan kepada kejadian kiamat yang menghancurkan alam.

Empat surah ini adalah rentetan surah daripada penerbitan sebelum ini bermula dari Surah al-Nas sehingga Surah al-Takathur yang memberi gambaran kefahaman aqidah yang jelas kepada pembaca dan peneliti ayat-ayat ini.

Menggali ayat demi ayat daripada surah-surah ini ibarat mengorek lubang di saat kita terperangkap di dalam gua yang gelap. Setiap tanah dan batu yang digali itu akan merungkaikan simpulan-simpulan fikiran yang kabur daripada penglihatan. Akhirnya, kita korek dan gali sehingga ternampak lubang cahaya yang membolehkan kita melepaskan diri daripada kekusutan pemikiran dan ideologi.

Penggalian makna ayat Al-Quran yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui lisan kuliah yang dibukukan ini, membuka lubang-lubang cahaya kepada kita dalam memahami timbunan ayat-ayat Al-Quran. Baris-baris ayat di dalam buku ini membuatkan kita terdengar semula suara Almarhum Tuan Guru menyampaikan mutiara hikmah ayat Al-Quran kepada kita.

Kemuncak zikrullah ialah Al-Quran. Dari awal sampai ke akhir tidak ada benda lain yang hendak dibuat selain Al-Quran dan zikrullah. Sembahyang, mengajar, belajar, berjual dengan nama Islam dan ekonomi cara Islam; itu semua adalah zikrullah. Zikrullah inilah yang kita dedahkan kepada orang yang sebelum ini dia masih kurang faham. Kita bawakan Islam sebagai Islam yang komprehensif supaya rohani dia segar molek dan dia boleh rajin mencari harta walaupun dengan cara yang halal. Berkahwin, berkeluarga atau bercucu semuanya dijaga dengan sebaiknya sebagaimana Islam mahu. Orang begini ialah orang yang reti mengenang budi Allah Subhanahu wa Ta'ala. -Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

-----------------

Apabila membaca kandungan Surah al-Kahfi dari awal sehingga akhir, kita akan membaca empat kisah yang dirakamkan di dalamnya iaitu;

  • Kisah pemuda bersembunyi di dalam gua. Kisah pemilik dua kebun dan sahabatnya.
  • Kisah Nabi Musa dan Khidir. Kisah Zulqarnain.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai orang yang mahir menyampaikan cerita dengan lenggok bahasa visual, berjaya memberi gambaran cerita-cerita ini seolah-olah kita terbayang ia berlaku di depan mata. Daripada gaya penyampaian Tuan Guru, kita terasa seolah-olah pemuda al-Kahfi itu orang kampung kita sendiri dan pemilik dua kebun dan sahabatnya itu kisah orang kampung sebelah. Melalui alunan desir penyampaian Tuan Guru, memberi kefahaman yang jelas tentang tujuan cerita serta pengajaran terselindung di sebalik cerita-cerita ini.

Walaupun dalam situasi ribut politik tempatan yang berkecamuk pada tahun 1987 ketika itu, Tuan Guru yang aktif dalam politik kepartian dapat menyampaikan mesej daripada Surah al-Kahfi tanpa berselindung di sebalik kepentingan politik yang sempit. Walaupun kandungan Surah al-Kahfi itu sarat dengan gelora kisah dan pertembungan dua pegangan. Namun, di setiap celah cerita itu terselit ayat-ayat yang menghembus perintah menjaga akidah Islam daripada tersasar dari landasan yang Allah telah nyatakan.

Ayat-ayat akidah ini ibarat iklan tajaan penaja utama yang memaparkan cerita yang penuh bermakna sehingga kita tidak berganjak daripada layar wayang. Tujuannya supaya dapat diluruskan hati agar bulat dan tekad sepenuh percaya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Kita hendak turun tangga datang ke sini pun, walaupun nampak kaki sahaja berjalan tetapi kaki itu sendiri sudah jatuh nombor dua. Nombor satunya kerana hati kita hendak datang. Kalau hati tidak mahu datang walaupun kaki boleh berjalan, walaupun ada kereta, walaupun ada pitis, walaupun saing (kawan) sebutir kampung datang belaka. Tetapi kalau hati sudah kata tidak mahu, kita tidak akan datang juga. Jadi kira-kiranya masalah hati itu dahulu. -Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat -





1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US