Reformasi Radikal: Etika Islami dan Pembebasan
Terjemahan daripada Radical Reform: Islamic Ethics and Liberation
Penulis: Tariq Ramadan
Penterjemah: Ahmad Muziru Idham
Penerbit: Islamic Renaissance Front
ISBN: 9789671520123
Mukasurat: 444 pp
Tariq Ramadan telah tampil sebagai satu suara yang terkehadapan daripada para reformis Islam di Barat, yang terkenal kerana saranannya kepada umat Islam untuk terlibat sepenuhnya dalam kehidupan sivil dalam masyarakat Barat di mana mereka tinggal. Dalam buku ini Ramadan mengalamatkan masyarakat dan komuniti Islam di mana-mana dengan seruan yang berani kepada reformasi radikal. Beliau mencabar mereka yang berhujah secara defensif bahawa reformasi adalah merbahaya dan penyimpangan luar, dan pengkhianatan kepada agama. Reformasi yang sebenar, katanya, sentiasa berakar dalam sumber tekstual Islam, tujuan spiritual dan tradisi intelektualnya. Tetapi gerakan reformis yang berasaskan kepada pembacaan yang diperbaharui terhadap sumber tekstual dengan menggunakan manhaj dan kategori tradisional hanya berhasil mencapai respon yang adaptif terhadap krisis yang mendepani dunia global. Pembacaan tersebut, Ramadan berhujah, telah mencapai batas daripada kegunaannya.
Ramadan menyeru kepada reformasi radikal yang melangkaui adaptasi bagi membayangkan solusi yang berani dan kreatif untuk mentransformasi masyarakat kita di masa ini dan masa depan. Pendekatan yang baru ini mencabar sumber sejarah yang tertegak, kategori, objektif-objektif tertinggi, sarana, dan metodologi hukum dan fiqh Islam, dan geografi autoriti daripada pengetahuan tradisional ini yang telah diberikan kepada para ulama tekstual. Beliau mengusulkan geografi yang baru yang mendefinisikan semula sumber dan tujuan spiritual dan etika hukum yang menciptakan ruang bagi autoriti ulama daripada sains sosial dan sains tabii. Hal ini akan menyiapkan reformasi transformatif ini dengan pengetahuan spiritual, etika, sains dan saintifik yang perlu untuk menangani cabaran kontemporer. Ramadan berhujah bahawa reformasi radikal menuntut tidak hanya sumbangan ulama’ yang setara dalam kedua-dua teks dan konteks tetapi juga keterlibatan yang kritis dan imaginasi yang kreatif daripada para intelektual dan kelompok massa Muslim. Saranan bagi reformasi radikal ini secara dramatik mengalihkan pusat graviti kekuasaan. Ia pastinya mengundang kontroversi dan mencetuskan perdebatan dan polemik di kalangan Muslim dan juga yang bukan Muslim.
-------------------------
Apa Yang Aku Yakini
Terjemahan daripada What I Believe
Penulis: Tariq Ramadan
Penterjemah: Ahmad Nabil Amir
Penerbit: Islamic Renaissance Front
ISBN: 9789671520130
Mukasurat: 168 pp
Buku ini “Apa Yang Aku Yakini” merupakan sumbangan penting Tariq Ramadan dalam melakarkan autobiografinya yang ringkas yang menjabarkan idea-idea dasar yang dipertahankan dan diperjuangkan dalam kareernya sebagai pemikir dan aktivis dan intelektual Islam “yang kontroversial” di abad kedua puluh satu. Ia menayangkan falsafah pemikiran dan weltanschauung-nya yang dinamik dan progresif tentang dunia moden dan usahanya mencari makna yang hakiki seperti yang dipaparkan dalam salah sebuah karya pentingnya The Quest for Meaning: Developing a Philosophy of Pluralism terhadap pola pemikiran yang rencam dan jamak budaya ini.
Dalam buku ini, beliau merumuskan ikhtisar tentang sikap dan pendiriannya terhadap permasalahan budaya dan pertembungan antara dunia Islam dan Barat, dengan menganjurkan kepentingan untuk mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian dan mempertahankan nilai dan prinsip kebebasan dan kemanusiaan. Ia menekankan kepentingan umat Islam untuk ikut serta dalam kehidupan dan proses demokratik di Barat dan mengimbau nilai-nilai keterbukaan yang harus dibangunkan kaum Muslim di Eropah bagi memungkinkan mereka memberi sumbangan yang positif dan realistik kepada perkembangan budaya dan moral yang universal.
Tak syak lagi buku ini bakal menjadi pembuka mata kepada kekuatan dan kehebatan pengaruh Tariq Ramadan sebagai reformis yang sebenar, yang tidak cuma berhebat-hebat dengan retorik, tetapi berusaha membawa kedamaian dan kefahaman budaya yang jama‘i dan mempertahankan nilai moraliti dan idealisme kebebasan yang kritis dan ideal.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.