​Komuniti Pembelajaran Profesional Di Malaysia: Amalan Penambahbaikan Sekolah

RM48.00
9789831008751
In stock
+

Komuniti Pembelajaran Profesional Di Malaysia: Amalan Penambahbaikan Sekolah

Author/Editor: Zuraidah Abdullah

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008751

Weight: 300

Pages: 190

Year: 2016

Price: RM48


Keberhasilan pendidikan merupakan manifestasi kecemerlangan sesebuah sistem pendidikan negara yang berasaskan profesionalisme yang kukuh bagi mencapai wawasan dan aspirasi negara. Kecemerlangan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung pada falsafah yang dibangunkan, tetapi bergantung pada guru yang akan menentukan keberhasilan sesebuah sekolah. Justeru, buku Komuniti Pembelajaran Profesional di Malaysia: Amalan Penambahbaikan Sekolah dibicarakan dengan penuh terperinci selari dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional adalah budaya ke arah pembentukan sebuah Sekolah Berjaya. Sekolah Berjaya ini sentiasa melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan itu keberkesanan ini dipengaruhi oleh sumber, dasar dan amalan yang dilaksanakan di peringkat pentadbiran atasan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah dan bilik darjah. Faktor utama dalam memastikan perkara ini berlangsung dengan baik pemimpin sekolah iaitu pengetua, guru besar dan pemimpin barisan kedua di sekolah harus dinamik sifatnya dalam membangunkan dan mengekalkan modal insan yang berani bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Buku ini juga menjelaskan tentang budaya Komuniti Pembelajaran Profesional guru-guru sekolah di Malaysia bergerak tanpa henti dalam melaksanakan penambahbaikan sekolah. Olahan kandungannya dapat membuka minda pembaca tentang tugas pendidik yang utama adalah memastikan setiap murid boleh berjaya dan belajar dengan membangunkan kepimpinan unggul setiap warga sekolah di Malaysia. Budaya ini membina daya upaya guru-guru yang yakin diri sebagai pemimpin bilik darjah. Penulis telah menyusun sebanyak sebelas bab yang menghimpunkan kepelbagaian perspektif terutama lima dimensi utama Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah. Lima dimensi ini memainkan peranan utama bagi pihak pentadbir dan guru-guru sekolah bergabung tenaga dalam melaksanakan penambahbaikan sekolah berdasarkan keperluan komuniti sekolah mereka.

Sehubungan itu, buku ini diharapkan dapat membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan dijadikan bahan rujukan serta panduan terutama kepada bakal guru, guru- guru, barisan pentadbir, pensyarah serta individu-individu yang ingin memahami konsep budaya Komuniti Pembelajaran Profesional. Selain menjadi panduan untuk memperoleh beberapa strategi yang perlu dilakukan dalam membudayakan Komuniti Pembelajaran Profesional di peringkat sekolah. Budaya ini diharapkan agar guru-guru pada hari ini bekerja dengan lebih gigih lagi tanpa sempadan dengan membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US