Konflik Bosnia-Herzegovina 1875-1918

RM100.00
9789834945671
In stock
+

Konflik Bosnia-Herzegovina 1875-1918 

Author: Azlizan Mat Enh
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 9789834945671
Weight: 584gsm
Pages: 510pp
Year: 2024
Price: RM100

Penulisan dan kajian berkenaan dengan konflik yang berlaku di Bosnia-Herzegovina dari tahun 1875 sehingga tahun 1918 secara khusus belum lagi dilakukan oleh para sarjana, khususnya di Asia. Penulisan mengenai Bosnia-Herzegovina secara khusus adalah penting, terutamanya dalam usaha memahami pergolakan, masalah dan persoalan di dalam negara itu sehingga menjadi punca kepada meletusnya peristiwa penting dalam sejarah dunia pada tahun 1914 dan tahun 1992. Sehubungan dengan itu, buku ini dapat memberikan maklumat kepada semua lapisan masyarakat yang ingin tahu tentang konflik yang berlaku pada peringkat antarabangsa termasuk di Bosnia-Herzegovina.

Buku ini memberikan satu interpretasi baharu mengenai masalah dan pergolakan yang wujud di Bosnia-Herzegovina dari tahun 1875 hingga tahun 1914. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelemahan kerajaan Ottoman sering dikaitkan sebagai satu daripada punca berlakunya pergolakan di Bosnia-Herzegonia. Walau bagaimanapun, melalui analisis terhadap dokumen British yang diperoleh di Public Record Office (The National Archives) London, terdapat faktor-faktor lain yang tidak boleh diketepikan, yang menyumbang kepada konflik di Bosnia-Herzegovina menjadi lebih teruk dan tidak terkawal. Oleh itu, perbincangan buku ini antaranya termasuklah mengenal pasti punca yang mencetuskan konflik di Bosnia-Herzegovina serta menghuraikan reaksi kuasa-kuasa besar dalam menangani dan menyelesaikan konflik tersebut.

Semoga buku ini akan dapat menyumbang ke arah pemahaman yang lebih jelas mengenai pergolakan yang berlaku dalam sejarah Bosnia-Herzegovina secara khusus dan sejarah Eropah secara amnya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US