Konflik dan Isu Tuntutan Bertindih Antara Negara
Editor: Azlizan Mat Enh & Ku Boon Dar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862852
Pages: 276
Weight: 0.415 kg
Year: 2025
Price: RM45
Era globalisasi bukan sahaja membuka ruang kerjasama rentas sempadan tetapi turut mengundang konflik tuntutan wilayah yang rumit dan berlarutan. Buku Konflik dan Isu Tuntutan Bertindih antara Negara membawa pembaca menelusuri pertikaian sempadan melalui perspektif sejarah, politik dan ekonomi dengan memberi tumpuan khusus kepada Asia Tenggara dan Asia Timur. Buku ini mengupas isu-isu hangat seperti perselisihan Malaysia-Indonesia di Ambalat, dinamika Laut China Selatan dan tuntutan Brunei ke atas Limbang. Isu warisan seperti tafsiran Perjanjian 1878 melibatkan tuntutan waris Sultan Sulu dan tuntutan Pulau Pinang juga dibicarakan. Selain daripada tumpuan rantau Asia, perbincangan melangkaui sempadan dengan menyoroti perebutan Kepulauan Senkaku oleh Jepun dan China, pengaruh Amerika Syarikat dalam konflik Falkland, serta tuntutan Cyprus antara Greece dan Turki. Melalui pendekatan holistik, penulis-penulisnya bukan sahaja meneliti faktor nasionalisme dan kedaulatan, tetapi juga menganalisis usaha diplomatik serta strategi kerjasama serantau. Buku ini merupakan rujukan penting untuk pelajar universiti, sarjana sejarah dan hubungan antarabangsa, para diplomat, pembuat dasar dan individu yang ingin memahami dinamika tuntutan bertindih di persada dunia masa kini.
Melalui analisis yang komprehensif, buku ini diharapkan dapat membantu pembaca mengenal pasti faktor-faktor yang mencetuskan ketegangan geopolitik dan merangsang idea baharu bagi penyelesaian konflik secara adil dan mampan. Konflik dan Isu Tuntutan Bertindih antara Negara menawarkan perspektif segar ke arah pembinaan keamanan serantau dan kestabilan dunia.
AZLIZAN MAT ENH, PhD., merupakan Profesor Madya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkecimpung dalam bidang sejarah antarabangsa yang mana penulisannya adalah menjurus kepada konflik. Beliau turut menumpukan kajian nya berkaitan sejarah wanita. KU BOON DAR, PhD., adalah Pensyarah Kanan di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM). Kepakaran beliau meliputi sejarah China dan sejarah Asia Tenggara, dengan tumpuan terhadap analisis mendalam perkembangan sosiopolitik di rantau ini. Selain itu, beliau turut menekankan hubungan serantau dan bagaimana interaksi tersebut mempengaruhi pembentukan dasar serta identiti negara-negara di Asia Tenggara.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.