Konflik dan Konsensus dalam Kerjasama Politik

RM56.00
9789674882037
In stock
+

Konflik dan Konsensus dalam Kerjasama Politik

Author: Mohd Izani Mohd Zain
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674882037
Weight: 0.35kg
Pages: 230 pb
Year: 2022
Price: RM56

Kerjasama politik dianggap ciri utama politik Malaysia. Tidak ada sebuah parti politik yang boleh memenangi pilihan raya sekali gus menubuhkan kerajaan secara bersendirian. Kerjasama politik memperlihatkan beberapa aspek penting seperti toleransi, tawar-menawar dan berkongsi kuasa yang melibatkan kumpulan yang berbeza. Kerjasama politik boleh berlaku dalam beberapa bentuk, antaranya melalui pakatan pilihan raya seperti strategi satu lawan satu menentang pihak lawan serta pakatan isu dan kepentingan umum yang membentuk sebuah dasar atau polisi bersama. 

Buku ini menganalisis kerjasama politik oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari 1999 hingga 2015 melalui beberapa platform seperti Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK), Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) yang menyaksikan buat julung kali bergandingan dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Selain itu, PAS turut menjalin kerjasama dengan bukan Islam melalui Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi membina sokongan politik yang lebih inklusif. 

Berpegang kepada konsep Tahaluf Siyasi, kerjasama politik oleh PAS yang melangkaui pilihan raya ternyata masih dibelenggu dengan persoalan coalition of convenience dalam tempoh kajian apabila parti itu bergelut untuk mengimbangi matlamat politik dengan mempertahankan dasar perjuangan parti, menangani demokrasi sebagai budaya politik dan meneroka perjuangan merentasi kaum. Buktinya, kerjasama politik gagal dipertahankan malah sebahagian pemimpin membentuk parti baharu, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) yang kemudiannya menyertai Pakatan Harapan (PH). 

Seperti sifat politik yang sentiasa dinamik, tidak pegun dan serba berkemungkinan, kerjasama politik PAS sentiasa diwarnai dengan konflik dan konsensus. Namun, parti ini masih meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap kerjasama politik dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US