Konflik Gaza dan Misi Kemanusiaan Freedom Flotilla
Author: Mohd Roslan Mohd Nor, Ruzanah Mohd Rozi
Publisher: UM
ISBN: 9789674881276
Pages:
Year: 2020
Weight:
Price : RM 56
Buku ini merungkai krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza sejak tahun 2006 selepas Hamas memenangi pilihan raya pertama di Gaza pada tahun tersebut. Akibatnya, negara-negara Barat memutuskan hubungan dengan Gaza manakala Israel mengeksploitasi keadaan ini dengan mengepung Gaza dari semua arah. Ini mencetuskan krisis kemanusiaan yang hebat di Gaza. Buku ini memaparkan kaedah pengurusan misi bantuan kemanusiaan yang dibuat dalam skala besar yang melibatkan sukarelawan dari pelbagai negara dan latar belakang sosial. Para pembaca didedahkan dengan beberapa pandangan terhadap perbezaan antara misi bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh Freedom Flotilla dengan misi yang lain di samping memperlihatkan bagaimana kelainan yang dibawa oleh misi bantuan ini dapat membantu Gaza dari pelbagai aspek. Kejayaan misi-misi kemanusiaan pada tahun-tahun sebelumnya membawa kepada penganjuran misi Freedom Flotilla Marvi Marmara yang melibatkan kerjasama beberapa negara dengan diketuai oleh sebuah NGO Turki pada tahun 2010. Namun, Israel memperlihatkan keangkuhannya dengan menyerang kapal yang membawa bantuan sehingga menyebabkan berlakunya kematian sukarelawan. Ia mendapat liputan antarabangsa manakala Turki memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel pada masa itu. Terdapat juga rakyat Malaysia yang menyertai misi Marvi Marmara ini. Mereka pulang ke negara dengan diberi sambutan sebagai wira kerana keberanian menghadapi risiko ketika menyertai misi tersebut. Buku ini membincangkan bentuk pengurusan misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla dalam mengendalikan operasi dan cabarannya, terutama dalam berhadapan serangan Israel.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.