Konflik Palestin Jejak Sejarah dan Realiti Masa Kini
Authors: Ustaz Mohd Roslan Mohd Nor Mohamad Fikri Mohd Bakri Ainul Asyraf Lokman
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674884130
Tahun: 2025
Weight: gsm
Pages: pp
Price: RM45
Konflik Palestin-Israel merupakan antara krisis geopolitik paling rumit dan berpanjangan dalam sejarah moden. Sejak pengisytiharan penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948, bumi Palestin menjadi saksi kepada tragedi kemanusiaan yang tiada penghujungnya. Rakyat Palestin, khususnya di Gaza, terus hidup dalam keadaan terpinggir dan tertekan, seolah-olah menjadi pelarian di tanah air sendiri. Siri serangan ketenteraan rejim Zionis yang berulang-ulang telah meragut ribuan nyawa, memusnahkan prasarana asas termasuk rumah, sekolah, hospital, masjid, dan kemudahan awam, serta menakan hak asasi mereka untuk hidup aman dan bermaruah. Realiti yang berlaku pada hari ini menunjukkan peningkatan ketara dalam tahap kekejaman, termasuk penggunaan kekuatan ketenteraan secara tidak seimbang dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa. Dalam keadaan ini, timbul persoalan yang mendesak: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa selama ini mencukupi untuk menghentikan penindasan ini? Adakah bentuk reaksi yang terbatas kepada kecaman, boikot, atau demonstrasi mampu memberikan kesan jangka panjang?
Buku ini membentangkan analisis komprehensif mengenai perkembangan mutakhir konik Palestin-Israel melalui paduan perspektif sejarah, politik, undang-undang antarabangsa, dan hak asasi manusia. Ia meneliti secara kritis keberkesanan tindak balas dunia Islam, menyoroti cabaran dalam membentuk solidariti politik yang konsisten, serta mengemukakan cadangan strategi yang lebih bersepadu bagi menegakkan keadilan. Dengan pendekatan ilmiah yang disokong oleh data, dokumen sejarah, dan analisis kontemporari, buku ini bukan sahaja mendokumentasikan realiti semasa, malah mengajak pembaca untuk merenung tanggungjawab bersama dalam membela rakyat Palestin. Ia menjadi medan wacana untuk menilai semula pendekatan sedia ada, membangunkan strategi baharu, dan mengukuhkan solidariti sejagat demi mengakhiri penindasan yang telah berlangsung lebih tujuh dekad.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

