Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu: Perlunya disegerakan Transformasi Moral-Etika

RM49.90
9789672631613
In stock
+

Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu: Perlunya disegerakan Transformasi Moral-Etika

Author: M. Kamal Hassan
Publisher: Emir Research
ISBN: 9789672631613
Weight: 0.452
Pages: 252pp
Year: 2022
Price: RM49.90

Dilahirkan pada tahun 1942 di Pasir Mas, Kelantan, Prof. Emeritus M. Kamal Hassan mendapat ijazah pertamanya B.A. Kepujian Kelas Pertama dari University of Malaya pada tahun 1966 dan M.A. (1970), M.Phil. (1973) dan Ph.Dnya (1976) dari Columbia University, New York, Amerika Syarikat. Beliau dilantik pada tahun 1999 sebagai Rektor ketiga International Islamic University Malaysia (IIUM) sehingga tahun 2006. Beliau menjadi Profesor Pelawat dan Pemegang Pertama "Malaysia Chair for Islam in Southeast Asia" di Georgetown University, Washington D.C. antara 1997-1999. Karier akademiknya bermula di Fakulti Pengajian Islam UKM pada tahun 1976 dan kemudian beliau berpindah ke IIUM pada tahun 1983 sehingga tamat khidmat secara rasmi pada tahun 2017. Minat utama penyelidikan dan penulisannya ialah isu Islamisasi Ilmu Pengetahuan Manusia. Beliau dilantik sebagai Penasihat Kehormat tentang Islamisasi di IIUM pada tahun 2019 sampai sekarang. Penerbitan akademik beliau yang terpenting ialah Natural Science from the Worldview of the Qur'an (3 jilid) (KL: ITBM, 2018). Untuk itu beliau selaku Ketua Editor dan penulis bersama beberapa ahli sains Islam, bertungkus lumus, antara tahun 2011-2014, mengkaji dan menulis tentang topik yang amat penting itu. Bukunya mengenal Voice of Islamic Moderation from the Malay World diterbitkan oleh EMIR Research pada tahun 2011. IIUM menerbitkan bukunya yang berjudul The Malay Concept of Sejahtera from an Islamic Perspective pada tahun 2021. Buku yang ada ditangan anda sekarang ialah terjemahan terkini beliau kepada buku beliau dalam bahasa Inggeris, Corruption and Hypocrisy in Malay-Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation yang diterbitkan oleh EMIR Research pada tahun 2021. Dalam bidang perkhidmatan masyarakat, beliau telah menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat dan Penyelarasan Pendidikan Islam (LEPAI) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM) dari tahun 2019-2022. Pada 24 Februari, 2022 beliau dilantik sebagai Pengerusi stitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US