Krisis: Setiap Degup Jantung Ada Cerita

RM30.00
In stock
+

Krisis: Setiap Degup Jantung Ada Cerita

Author: Alzamani Idrose
Publisher: UiTM Press
ISBN: 9789673636211
Weight: 0.25 kg
Pages: 149pp
Year: 2021
Price: RM30

"SUSPENS, LUCU, DRAMATIK !"

"KRISIS' ini membawakan kisah benar mengenai pengalaman yang mendebarkan yang sukar dibayangkan oleh pembaca; dari letupan kereta akibat kemalangan, bas masuk gaung ketika pesta hantu lapar, mayat radioaktif, pesawat yang hampir kehabisan oksigen menjadi wad rawatan rapi, berunding dengan penagih dadah, kecemasan di puncak Gunung Everest dan lain-lain situasi yang menggemparkan.

Dalam keadaan cemas itu ada juga saat-saat lucu dan dramatik, namun berakhir dengan selamat dan sempurna. Semoga pembaca mendapat inspirasi daripada kisah-kisah ini untuk berfikir secara rasional dan kreatif apabila berada dalam situasi genting

Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose adalah Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan Trauma dan telah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia selama lebih 20 tahun. Beliau berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau lulus pengajian perubatan MBBS dari Universiti Malaya. Beliau menamatkan pengajian Sarjana Perubatan Kecemasan dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat dari UNITAR dan European Master in Disaster Medicine dari University of Eastern Piedmonte, Itali. Beliau juga memiliki ljazah Sarjana Muda Jurisprudens dari Universiti Malaya dan lulusan Doktor Falsafah dari Universiti Teknologi MARA. Selain dari tugas beliau di hospital, beliau pernah dilantik sebagai doktor peribadi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selain berkhidmat sebagai doktor ekspedisi bagi pendaki-pendaki Everest. Selain daripada bertugas di hospital, beliau gemar menulis puisi dan bermain gitar pada masa lapang. Kini beliau menetap di Ampang Jaya, Selangor bersama isteri dan seorang anak perempuannya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US