Kuasa Rakyat: Menanggapi Isu-Isu Demokrasi, Kebebasan Bersuara dan Kesenian

RM22.00
9789671292464
In stock
+

Kuasa Rakyat: Menanggapi Isu-Isu Demokrasi, Kebebasan Bersuara dan Kesenian

Author: Syeikh Dr Ahmed Raissouni

Translator : Zolkharnain Abidin

ISBN: 9789671292464

Page : 140

Weight : 0.217 kg

Publisher: ILHAM Books

Published: 2015

Price : RM 22.00

Benarkah demokrasi yang lahir di bumi orang bukan Islam diterima oleh Islam dari sudut amalannya? Bagaimana pula kedudukan majoriti yang menjadi teras demokrasi itu sendiri? Bukankah demokrasi lahir, membesar dan berkembang di bumi yang gersang ketuhanan? Bagaimanakah hubungan antara rakyat dengan pemimpin? Adakah rakyat benar wajib wala’ dan mentaati kepada pemimpin sepenuhnya?

Apakah jaminan Islam terhadap kebebasan bersuara dalam sesebuah negara? Bagaimana Islam menangani kebebasan bersuara yang dianggap menggugat ketenteraman awam oleh kerajaan korup dan mengancam aqidah rakyat oleh sebahagian penggiat gerakan Islam?

Bagaimana pula Islam menangani isu kesenian? Dari sudut pandang manakah isu kesenian wajar ditangani? Apakah agama Islam yang bersifat fitri ini meminggirkan kesenian dalam lingkungan perbincangannya?

Buku ini akan membimbang anda:

  • Memahami kembali arahan syarak dalam al-Quran dan hadith berkaitan urusan kenegaraan dan kemasyarakatan sebagai arahan yang ditujukan kepada ummah atau rakyat bukan kepada daulah dan pemimpin secara khusus.
  • Menelusuri isu-isu kritikal negara dan masyarakat seperti demokrasi, kebebasan bersuara dan kesenian dari sudut pandang Maqasid Syariah.
  • Membangkitkan kesedaran terhadap keperluan menggerakkan massa untuk mengambil kembali kuasa rakyat yang dibolot dan dimonopoli oleh penguasa bobrok.
  • Mengikis kerisauan sebahagian aktivis gerakan Islam terhadap beberapa isu utama amalan demokrasi dan kebebasan bersuara yang disifatkan sebagai produk barat yang mengancam pegangan agama umat Islam.
  • Melihat kesesuaian pelaksanaan hukum Islam khususnya hudud dalam konteks politik dan negara pada hari ini.
  • Meninjau aktiviti kesenian dari sudut pandang tahsiniyyat dan wahana berbanding sudut pandang biasa iaitu hitam putih atau halal haram.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US