Kunci Solat Khusyuk: Hayati Makna Bacaan Dalam Solat
Author: Muzuza
Publisher: Iman Publication
ISBN: 9786299628545
Weight: 238 gm
Pages: 200 pp
Year: 2025
Price: RM35
'Setiap hari kita solat. Setiap rakaat kita baca doa dan surah. Tetapi kita tidak faham pun apa yang kita baca. Jadi, macam mana nak rasa dekat dengan Allah?'
Solat ialah anugerah daripada Allah SWT buat kita.
Pada saat kita terluka, kepenatan atau putus asa, solat menawarkan kerehatan dan kelegaan.
Pada saat kita bahagia, gembira dan aman, solat ibarat rakan yang mengingatkan kita akan hakikat kehidupan.
Ya, solat sentiasa ada bersama kita. Namun, mengapa solat sering kali terasa membebankan? Dan mengapa hati kita masih kosong seusai solat?
Melalui buku ini, Ustaz Muzuza mengupas makna di sebalik lafaz-lafaz yang kita ungkapkan semasa solat. Daripada takbiratul ihram hingga tahiyat, setiap kalimah disusun dengan sempurna — agar jiwa kita akhirnya terubat, dan diri kita dapat berehat.
Dengan memahami setiap bacaan, kita akan mempelajari bahawa Allah Maha Mendengar segala pujian dan permohonan kepada-Nya; dan solat, ialah ruang khas untuk 'meluah' kepada Allah SWT setulus hati.
***
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى
“Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ditimpa dengan suatu ujian, Baginda akan mengerjakan solat.”
(Riwayat Abu Daud)
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

