​Legasi Dan Sumbangan Al-Qaradawi Dalam Fiqh (Tokoh Ulama Kontemporari)

RM40.00
9786294861176
In stock
+

Legasi Dan Sumbangan Al-Qaradawi Dalam Fiqh (Tokoh Ulama Kontemporari)

Author: Muhamad Faisal Ashaari, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani & Khazri Osman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861176
Weight: 0.3 kg
Pages: 203 pp
Year: 2023
Price: RM40

Yusuf al-Qaradawi telah meninggalkan legasi yang besar dalam dakwah dan sumbangannya kepada gerakan Islam tidak disangkal lagi. Keilmuan beliau yang meluas dalam pelbagai bidang menjadikan beliau sebagai seorang tokoh rujukan kontemporari yang cukup berpengaruh. Tanggal 26 September 2022 merupakan detik sedih apabila dia dijemput untuk bertemu dengan Allah dalam usia 96 tahun. 

Beliau pernah dipenjarakan, dibuang negeri dan dihukum gantung, tetapi beliau tetap teguh dengan pendiriannya dalam dakwah dan terus bersama dengan gerakan Islam. Beliau dikenali sebagai tokoh yang membawa idea atau konsep al-wasatiyyah dan al-taysir dalam fiqh. la merupakan pendekatan keseimbangan dan kesederhanaan dalam segala sesuatu, jauh daripada berlebih-lebihan dan melampau dalam akidah, ibadah, akhlak, muamalat dan perundangan. Hal ini bukan bermakna luwes dengan prinsip Islam, tetapi mengelak dari tafsiran yang keterlaluan sehingga menjadi literalis dan tidak pula mengabaikan prinsip Islam sehingga menjadi liberal.

 Maka, pendekatan Sheikh al-Marhum sangat relevan dengan keadaan semasa yang mengimbangi antara pendekatan melampau dan kecuaian. Beliau merupakan tokoh yang disambut baik oleh majoriti umat Islam. Biarpun ada suara yang memperkecilkan beliau dan tidak membenarkan pemikirannya berkembang, namun sumbangan dan jasa beliau terus mekar. Buku ini sangat sesuai untuk pembaca yang ingin mendalami pemikiran al-marhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan mereka yang ingin mengetahui tentang aplikasi al-wasatiyyah dan al-taysir dalam fiqh.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US