PREORDER Liku-Liku Perjuangan Seorang Aktivis Kiri Melayu Islam
Author: Hassan Karim
Publisher : SIRD
ISBN: 9786297575452
Weight:
Page:
Year: 2025
Price: RM60
Matlamat politik bukan kuasa tetapi membela prinsip kebenaran. Kuasa dan prinsip sangat sukar untuk bergandingan – ramai yang berprinsip kerana tidak berkuasa dan ramai yang setelah berkuasa menggadai prinsip. Sehingga terlalu sedikit yang berkuasa dan prinsip – dan Hassan Karim antara yang sedikit itu.
Catatan Hassan Karim ini merupakan satu renungan tajam betapa mustahaknya seseorang yang ingin bergelumang dalam sepak terajang politik untuk memiliki nurani yang jelas kerana pada akhirnya, seorang ahli politik itu bukan sahaja dihakimi oleh rakyat tetapi juga oleh sejarah.
Hassan Karim merupakan sosok penting dalam sejarah bangsa Malaysia. Dia bukan sahaja terlibat dalam gerakan mahasiswa semasa era kegemilangan politik kampus, malahan dia juga kemudiannya menjadi aktivis politik penting dalam beberapa parti utama dan gerakan sosial dalam negara ini – menjadi ahli parlimen hanya bahagian kecil daripada sejarah panjang Hassan Karim yang penuh ranjau dan liku.
Melalui karya ini, kita akan mengesan, oleh kerana prinsipnya, Hassan Karim dihormati kawan yang tahu dia tidak boleh dibeli dengan jawatan dan digeruni oleh lawan yang sedar dia tidak pernah gentar dengan ugutan – kerana Hassan Karim percaya bahawa matlamat politik bukan kuasa tetapi membela prinsip kebenaran.
Dr. Haris Zuan Jaharudin, Felo Penyelidik, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Hassan Abdul Karim (Hassan Karim) ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang. Beliau lahir pada 17 Oktober 1951 di Pontian, Johor. Hassan memenangi kerusi Parlimen P.159 Pasir Gudang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-15 pada tahun 2022. Hassan memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti London, United Kingdom dan Sijil Amalan Guaman (CLP, Malaysia). Hassan diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaysia pada tahun 2003 dan menubuhkan firma guamannya, Hassan Karim & Co. pada tahun berikutnya.
Hassan bersama isterinya Rodiah Iliyas dikurniakan empat orang anak; tiga lelaki dan seorang perempuan. Kini Hassan dan Rodiah punya enam orang cucu. Sebagai seorang peguam dan ahli parlimen, Hassan sentiasa lantang mempertahankan kebebasan bersuara dan pembinaan Bangsa Malaysia yang hidup dalam masyarakat yang adil, progresif, demokratik dan bersatu padu.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.