Linguistik Bandingan Bahasa Iban
Author/Editor: Rahim Aman, Muhammad Nur Latif & Shahidi A. Hamid
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674125967
Weight: 300g
Pages: 262
Year: 2018
Price: RM35
Linguistik Bandingan Bahasa Iban merupakan sebuah buku hasil daripada kajian yang berterusan sejak tahun 2012 sehingga kini. Kajian yang ada sebelumnya hanya bersifat terarah pada lokasi tertentu yang sekaligus memperoleh dapatan yang juga bersifat in-situ. Buku ini menghuraikan rekonstruksi dan klasifikasi ke atas tujuh variasi Iban yang wujud di Sarawak. Tujuh wariasi Iban yang dituturkan di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu, Kapit dan Limbang telah dijadikan sumber analisis dalam kerangka ilmu linguistik Bandingan. Usaha perbandingan variansi Iban ini adalah satu usaha yang sulit kerana medan penilitian yang wujud di sana amat sukar dan penuh rintangan. Namun, untuk melengkapkan dan menambahkan khazanah iventori kajian linguistik bandingan yang langka itu, buku ini dihasilkan dan direncanakan dengan penuh wibawa dalam lingkup kajian bandingan historis. Acuan rekonstruksi yang diaplikasikan dalam penulisan ini ialah acuan rekonstruksi dalaman dan klasifikasi pula berdasarkan ciri inovasi bersama yang wujud dalam semua variasi Iban. Selain itu, buku ini juga menampilkan rekonstruksi leksikal terhadap lapan leksikal terhadap lapan leksikal medan semantik, iaitu waktu, bilangan, alam persekitaran dan warna, alat kelengkapan rumah tangga, istilah kekerabatan, kata ganti nama, anggota tubuh manusia dan haiwan dan anggota tubuhnya. Istimewanya buku ini ialah keupayaan memaparkan satu bentuk bahasa purba Iban yang dinamakan Basa Ibanik Serawak Purba (BISP) hasil daripada satu proses rekonstuksi dalaman yang penuh wibawa. Klasifikasi ke atas tujuh variasi Iban ini juga mengesahkan bahawa Variasi Iban Sibu, Kapit dan Bintulu lebih rapat dibandingkan dengan variasi Iban Sri Aman, Limbang, Betong dan Sarikei. Apa yang jelas, buku ini menampilkan satu dapatan baru dalam linguistik bandingan bahasa Iban.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.