Linguistik Bandingan Bahasa Miriek
Authors: Siti Hajar Mohammed, Rahim Aman dan Shahidi A.H.
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862371
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM47
Linguistik Bandingan Bahasa Miriek adalah sebuah buku yang membahaskan aspek rekonstruksi fonem, leksikal dan klasifikasi varian Miriek yang wujud di Miri, Sarawak. Lima varian Miriek dijadikan sumber pemerian iaitu varian Bakam (BKM), varian Dalek (DLK), varian Bakong (BKG), varian Narom (NRM) dan varian Kiput (KPT).
Dalam penentuan rekonstruksi dan klasifikasi VM ini kaedah linguistik bandingan digunakan. Penggunaan kaedah bandingan ini semata-mata untuk mencapai satu hasil perbandingan yang lebih tabii atau bersifat realiti. Berdasarkan rekonstruksi yang telah dilakukan BMP mempunyai 18 buah konsonan purba, 5 buah vokal purba dan 5 buah diftong purba.
Pemerian ini juga menghasilkan 30 jenis inovasi fonologi dan 16 inovasi leksikal. Selanjutnya, ikatan kekerabatan antara varian menunjukkan varian BKM, BKG, NRM dan DLK memiliki ikatan kekerabatan yang dekat berdasarkan perkongsian varian-varian ini dalam satu cabang warisan yang sama. Varian KPT pula memiliki kekerabatan yang lebih jauh kerana varian ini berada dalam garisan warisan yang tersendiri.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.