Madrasah Idrisiah Bukit Chandan 1922-2000 : Sumbangan dan Kejayaan
Author: Ishak Saat & Mohd Azhar Bahari
Publisher: UTHM Press
ISBN: 9789835457197
Weight:
Year: 2010
Page: 126pp
Price : RM29
Peranan dan sumbangan Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak tidak dapat dilupakan sama sekali. Penubuhan madrasah ini mengikut sistem pengajian agama di Mekah. Sistem pendidikan madrasah yang diamalkan jauh lebih sistematik khususnya dari segi organisasi dan pentadbirannya serta mempunyai ciri-ciri persamaan dengan sistem vernakular atau sistem sekolah Inggeris. Sistem pendidikan di Madrasah Idrisiah memiliki sukatan pelajaran yang menyeluruh dalam semua bidang dan ianya mengandungi ilmu yang dikupas secara mendalam. Buku ini membuktikan peranan para umarak atau sultan-sultan dalam proses perkembangan ilmu Islam dalam masyarakat Melayu Islam. Dengan restu dan komitmen mereka, madrasah ini terbina dan terlaksana dengan jayanya. Madrasah Idrisiah dapat berperanan dengan baik atas faktor sokongan, sumber kewangan dan restu penaung agama negeri Perak yang prihatin terhadap perkembangan Islam. Dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Sultan negeri Perak, maka beberapa ulama besar telah dijemput untuk menerajui institusi agama ini dan memacunya ke arah kecemerlangan. Buku ini amat baik untuk tatapan para pengkaji sejarah, pendidik dan pelajar demi untuk menambah ilmu pengetahuan tentang perkembangan Islam di Malaysia.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.