Makanan Ubah Suai Genetik (GMF) Menurut Perspektif Islam
Author: Mohd Izhar Ariff Mohd. Kashim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674124458
Weight: 0.493kg
Pages: 334
Year: 2017
Price: RM35
Peredaran zaman begitu drastik sekali apabila pelbagai jenis produk makanan semasa. Rentetan itu, terdapat sebahagian produk yang jelas-jelas halal dimakan dan tidak dinafikan juga terdapat produk yang sebaliknya. Ini kerana kearusan pengusaha mengejar keuntungan sehingga lupa terhadap kesan hukum dan kemanusiaan. Oleh yang demikian, buku ini telah menfokuskan perbincangan terhadap salah satu isu baharu dalam produk makanan, iaitu, Makanan Ubah Suai Genetik (GMF). Perbincangan lebih kepada konsep makanan dalam Islam Khususnya yang berasaskan haiwan. Seterusnya perbincangan dikembangkan kepada penentuan hukum makanan berasaskan haiwan yang telah diubah suai genetiknya (GMF). Langkah-langkah penentuan hukum dilakukan secara terperinci menerusi penjelasan terhadap dasar umum halal dan haram makanan yang terdapat dalam al-Quran, al-Sunnah, Ijmak, qiyas dan kaedah feqah.
Tidak cukup sekadar itu sahaja, perbincangan yang terdapat dalam buku ini juga turut meliputi perkara penting berhubung penentuan hukum makanan berasaskan haiwan. Antaranya ialah pandangan terpilih daripada ulama empat mazhab berhubung kategori haiwan yang halal dan haram dimakan sama ada ia hidup di daratan ataupun dalam air. Selain itu, penelitian terhadap kaedah untuk mengambil manfaat daripada tubuh haiwan juga diperincikan hukumnya berdasarkan pandangan fuqaha empat mazhab. Hasil daripada penelitian tersebut, prinsip bagi penentuan hukum makanan ubah suai genetic berasaskan haiwan telah bejaya diwujudkan, sekali gus dapat diaplikasikan ke atas produk GMF yang semakin berleluasa di pasaran dunia hari ini. Menerusi prinsip tersebut juga, hukum-hakam berkaitan produk makanan GMF akan menjadi lebih mudah untuk ditentukan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Mufti dan Jabatan Kesihatan Malaysia.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.