Masalah Kesihatan Lelaki Sebelum dan Semasa Pandemik Covid-19: Kemurungan, Disfungsi Seksual dan Cemburu Buta

RM30.00
9789672510635
In stock
+

Masalah Kesihatan Lelaki Sebelum dan Semasa Pandemik Covid-19: Kemurungan, Disfungsi Seksual dan Cemburu Buta

Author: Hatta Sidi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672510635
Weight:
Pages: 148
Year: 2021
Price: RM30

Pengetahuan tentang ilmu sains perubatan, sains asas dan penyakit psikiatri adalah sangat relevan dalam konteks memahami penyakit klinikal psikiatri dan disfungsi seksual. Ia membantu para pembaca memahami dengan lebih mendalam mengenai permasalahan yang berpotensi membawa mudarat kepada manusia. Perkembangan kajian tentang psikofarmakologi (pengetahuan tentang peranan ubat-ubatan dalam rawatan penyakit psikiatri), kepentingan sains asas seperti urokimia, neurofisiologi dan neuroanatomi akan menjadi semakin penting bagi mendukung asas-asas teori ilmu psikiatri dan praktis. Kehidupan ini tidak sunyi daripada buaian pasang surut, seumpama ombak yang datang dan pergi. Begitu juga dalam konteks psikiatri dan seksualiti manusia, terdapat gelora perubahan dari segi etiologi masalah kesihatan mental dan respons tindak balas kitaran seksualiti. Terdapat perubahan dari sudut biopsikofisiologi berkaitan manifastasi penyakit psikiatri. Misalnya masalah kecelaruan kemurungan dan penyakit fizikal. Penyakit fizikal yang semakin prevalens ialah kencing manis. Juga, terdapat perkaitan di antara kemurungan dan disfungsi seksual. 

Seterusnya, hubungan di antara disfungsi seksual dan cemburu buta. Kemurungan dan disfungsi seksual, jika tidak dirawat, boleh membawa kesengsaraan dan kesan negatif terhadap hubungan sesama manusia, konflik rumahtangga serta kualiti hidup seseorang. Cemburu buta pula merupakan gejala psikiatri yang merbahaya kerana ia boleh membawa kepada kecederaan orang lain, termasuk risiko homisid (pembunuhan). Perbincangan di antara kemurungan dengan disfungsi seksual akan bertumpu kepada kes-kes klinikal dengan memberi fokus terhadap kemajuan pesakit yang menerima rawatan. Pendekatan biopsikososial ialah sama ada secara penyiasatan terhadap masalah klinikal pesakit dan rawatan merupakan kaedah holistik atau menyeluruh bagi menangani masalah penyakit psikiatri. Adalah diharapkan agar wacana ilmiah ini akan memberi pengetahuan dan kefahaman yang sebaik mungkin untuk tatapan para pembaca umum dan juga golongan profesional.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US