Masyarakat Islam Di Malaysia Dan Alam Melayu: Perubahan Dan Kesinambungan

RM85.00
9789674882129
In stock
+

Masyarakat Islam Di Malaysia Dan Alam Melayu: Perubahan Dan Kesinambungan

Editor: Mohammad Redzuan Othman, Abu Hanifah Haris & Norazlan Hadi Yaacob
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674882129
Weight: 
Pages: 476
Year: 2022
Price: RM85

Buku Masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu merupakan satu koleksi artikel dengan pelbagai tema yang dihasilkan melalui kajian di
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang membincangkan tentang proses perubahan yang berlaku dan kesinambungannya dalam masyarakat tersebut dari pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-21. Selain membincangkan pelbagai tema yang berkaitan dengan perkembangan sejarah yang mempunyai kaitan dengan perkembangan masyarakat Islam di Malaysia, perbincangan juga diperluaskan kepada beberapa tema sejarah yang berkaitan dengan masyarakat Islam di Patani (Selatan Thai) dan Hindia Timur Belanda (Indonesia).

Perubahan yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu, merangkumi perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan,
agama, sosial dan politik dipengaruhi oleh unsur-unsur yang datang dari luar dan dinamik yang berlaku di dalam masyarakat tersebut. Penjajah British di Tanah Melayu dan penjajah Belanda di Indonesia memainkan peranan penting dalam mencorakkan perjalanan sejarah masyarakat tersebut di rantau ini dan turut berperanan menimbulkan tindak balas bagi membolehkan Islam dan masyarakatnya terus relevan dalam menghadapi rempuhan pengaruh dari Barat. Proses perubahan dan kesinambungan yang berlaku juga turut melibatkan idea pembangunan dan tema ini dibincangkan dalam beberapa artikel bagi melengkapkan perbincangan berkaitan dengan masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US