​Masyarakat Melayu Pulau Pinang dalam Arus Sejarah

RM48.00
9789838619189
In stock
+

Masyarakat Melayu Pulau Pinang dalam Arus Sejarah

Editor: Muhammad Haji Salleh/ Mahani Musa

Publisher: USM Press

ISBN: 9789838619189

Pages: 188pp

Year: 2016

Weight: 0.25kg

Price: RM48

Buku ini meninjau perkembangan dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang sejak awal kurun ke-19 sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua dan beberapa dekad selepasnya. Kedudukan Pulau Pinang sebagai pelabuhan perdagangan sejak diambil alih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) daripada kesultanan Kedah pada 1786 menukar dengan cepat corak kehidupan orang Melayu di negeri ini. Mereka bukan sahaja bersaing mencari kemajuan dalam aspek ekonomi, malah terdedah kepada pembaharuan yang dibawa dari luar mahupun dari negeri-negeri Melayu sendiri. Sifat persaingan dalam sebuah kehidupan kosmopolitan ini turut membawa kemajuan dalam pendidikan, kesusasteraan dan percetakan. Di Pulau Pinang inilah lahirnya pemikir yang memanjangkan pemodenan yang turut menggunakan percetakan sebagai wadah menyampaikan transformasi kepada masyarakat Melayu. Peranan Pulau Pinang sebagai pusat perkumpulan dan perlepasan jemaah haji sejak pertengahan kurun ke-19 menjadikan dunia percetakan, khususnya buku-buku keagamaan begitu rancak di negeri itu. Seberang Perai turut menerima tempias daripada perkembangan ini. Hubungan antara kedua-duanya terjalin erat atas keperluan ekonomi, kemasyarakatan dan keagamaan meskipun ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu di Seberang Perai masih kuat dipengaruhi sifat kekedahan yang pernah menjadi pertuanan mereka sebelum diambil alih oleh SHTI pada 1800.Buku ini meninjau perkembangan dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang sejak awal kurun ke-19 sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua dan beberapa dekad selepasnya. Kedudukan Pulau Pinang sebagai pelabuhan perdagangan sejak diambil alih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) daripada kesultanan Kedah pada 1786 menukar dengan cepat corak kehidupan orang Melayu di negeri ini. Mereka bukan sahaja bersaing mencari kemajuan dalam aspek ekonomi, malah terdedah kepada pembaharuan yang dibawa dari luar mahupun dari negeri-negeri Melayu sendiri. Sifat persaingan dalam sebuah kehidupan kosmopolitan ini turut membawa kemajuan dalam pendidikan, kesusasteraan dan percetakan. Di Pulau Pinang inilah lahirnya pemikir yang memanjangkan pemodenan yang turut menggunakan percetakan sebagai wadah menyampaikan transformasi kepada masyarakat Melayu. Peranan Pulau Pinang sebagai pusat perkumpulan dan perlepasan jemaah haji sejak pertengahan kurun ke-19 menjadikan dunia percetakan, khususnya buku-buku keagamaan begitu rancak di negeri itu. Seberang Perai turut menerima tempias daripada perkembangan ini. Hubungan antara kedua-duanya terjalin erat atas keperluan ekonomi, kemasyarakatan dan keagamaan meskipun ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu di Seberang Perai masih kuat dipengaruhi sifat kekedahan yang pernah menjadi pertuanan mereka sebelum diambil alih oleh SHTI pada 1800.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US