Matan Safinat Al-Najah: Asas Ilmu Fiqh Mazhab Al-Shafi’i
Author: Al-Shaykh Al-'Allamah Salim bin Sumayr Al-Hadrami
Publisher: Karya PiS
ISBN: 9789672910091
Weight: 0.2kg
Pages: 184
Year: 2024
Price: RM25
Mempelajari suatu mazhab dengan memulakan daripada matan kecil adalah kewajipan untuk penuntut ilmu agar dia memiliki pegangan dan kemahiran mengenai mazhabnya, tidak kaku menghadapi khilaf (perbezaan), dan beragama dengan dalil.
Banyak orang beragama sekadar ikut-ikutan dan mengukur kebenaran dengan “majoriti”, sedangkan kebenaran itu perlu diukur dengan dalil. Salah satu mazhab fiqh yang berdiri dengan dalil ialah mazhab al-Shafi’i yang menjadi pegangan umum di negara Malaysia dan nusantara.
Buku ini adalah terjemahan matan Safinat al-Najah yang dikarang oleh Shaykh Sālim bin ʿAbd Allāh bin Sumayr. Ia merupakan matan fiqh mazhab al-Syafie peringkat permulaan yang sangat masyhur dan dipelajari di pelbagai tempat pengajian.
Beliau memulakan matan beliau ini dengan menyatakan rukun Islām, rukun Imān dan makna kalimah tauhid (Lā-Ilāha-Illallāh). Setelah itu barulah beliau masuk ke perbahasan fiqh dengan memulai topik tanda-tanda baligh yang dilanjutkan dengan topik taharah (bersuci), solat dan diakhiri dengan perbahasan zakat. Turut diterjemahkan sekali tambahan Shaykh Nawawī al-Jāwī ke atas matan safinah ini, iaitu bab puasa.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.