Matematik Untuk Ekonomi & Perniagaan
Author: Aminuddin Mokhtar, Azrina Abdullah Al- Hadi, Siti Hajar Mohd Idris, Hazrul Izuan Shahiri & Norlin Khalid
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672519003
Weight: 400 gm
Pages: 269 pp
Year: 2022
Price: RM45
Buku Matematik untuk Ekonomi dan Perniagaan ini unik kerana buku ini memberi fokus kepada tajuk matematik yang paling relevan dan kerap diaplikasikan oleh para ilmuwan dan pelajar ekonomi dan perniagaan dalam menganalisis situasi ekonomi yang bersifat statik atau dinamik. Tiga tajuk dalam sub bidang matematik tersebut adalah kalkulus, aljabar dan matematik kewangan. Setiap tajuk dimulai dengan perbincangan berkaitan konsep, teori dan penyelesaian pernyataan matematik. lanya diikuti dengan kaedah mengaplikasikan kefahaman dalam tajuk tersebut kepada bidang ekonomi dan perniagaan melalui contoh penyelidikan dan penulisan jurnal.
Sejarah penulisan buku ini bermula dengan usaha murni pensyarah kursus menulis nota kuliah dan latihan yang kemudiannya diberikan kepada pelajar pada setiap semester. Walaupun terdapat banyak buku teks yang boleh dijadikan rujukan tetapi buku yang sesuai dengan keperluan kursus amat terhad terutamanya yang ditulis dalam bahasa Melayu. Nota kuliah dan latihan ini sentiasa ditambah mutunya dari masa ke semasa untuk memastikan ilmu dapat disampaikan dengan berkesan.
Bilangan pelajar yang ramai pada setiap semester, sama ada pelajar sepenuh masa atau pelajar separuh masa (Program Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMSHAPE)), telah mencetuskan idea untuk meningkatkan taraf nota kuliah kepada satu buku teks rasmi yang akan digunakan pada setiap semester. Buku teks ini akan menjadi barang pengganti kepada buku-buku teks import yang harganya lebih mahal dan sukar didapati dalam bentuk fizikal.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

