​Melayu atau Kemelayuan: Menelusuri Sejarah Idea

RM48.00
9789672165644
In stock
+

Melayu atau Kemelayuan: Menelusuri Sejarah Idea

Author: Anthony Milner

Publisher: SIRD

ISBN: 9789672165644

Pages:

Year: 2019

Weight:

Price: RM48

“Melayu atau Kemelayuan ialah buku yang harus dibaca oleh mereka yang bukan sahaja berminat dalam etnik Melayu di Asia Tenggara malah juga bidang yang lebih luas dalam kajian identiti sosial sains.”

Shamsul A.B., Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia

“Ini ialah sebuah kajian yang kompleks, tidak mudah untuk difahami dan serta sentiasa mengubah intipati tamadun Melayu. Kajian ini melarik perhatian serta mengulas sebahagian besar kajian sedia ada, serta memberikan analisis yang asli dan mencabar pemikiran. Ia sebuah karya sarjana yang bagus serta pembacaan yang mengasyikkan.”

John Gullick, Asian Affairs

“Buku Milner dibikin teliti dengan kajian mendalam. Ternyata, buku ini wajib dibaca oleh semua pelajar dan/atau pengamal sejarah dan politik Malaysia.”

Karim Raslan, The Star

Terdapat suatu rasa yang tidak pasti apabila memperkatan tentang ‘orang Melayu’. Konotasinya pelbagai rencam – daripada dunia lanun Joseph Conrad yang misteri dan bahaya kepada masyarakat pemalas ekonomi pada zaman penjajah. Satu lagi stereotaip awal melabelkan mereka sebagai lelaki budiman di Timur. Banyak potret moden menunjukkan ‘Melayu Baharu’ sebagai usahawan Malaysia yang moden dan berjaya, pembangun rantau ASEAN yang handal, dan juga rakyat yang berbelah bahagi peranan Islam dengan sebenar Sempadan geografi mereka juga kurang jelas. Lazimnya ‘orang Melayu’ dikatakan mempunyai kumpulan-kumpulan berkelompok di bahagian Semenanjung Melayu dan juga di sepanjang pantai dan sungai di Sumatera dan Borneo. Kadangkala mereka digambarkan sebagai bangsa yang luas yang merangkumi ke Indonesia dan Filipina dan juga ke arah Madagaskar.

Jadi, siapakah ‘orang Melayu’ yang sebenarnya? Kajian yang provokatif ini mempertanyakan persoalan tersebut dan mempertimbangkan bagaimana dan mengapa jawapannya sentiasa berubah-ubah mengikut masa, dan juga dari suatu kawasan ke kawasan yang lain. Anthony Milner mencipta hujah yang berterusan tentang etnisiti dan identiti dalam sejarah konteks ‘Melayu’. Melayu atau Kemelayuan ialah kajian yang menyeluruh tentang asal usul dan perkembangan identiti, etnisiti dan kesedaran Melayu sepanjang lebih lima abad yang lalu.

About the Author

Anthony Milner merupakan Profesor Tamu di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya dan Felo Profesor di University of Melbourne. Beliau juga merupakan Profesor Emeritus di Australian National University. Beliau menerima lantikan di beberapa institusi seperti National University of Singapore (sebagai Profesor Tamu Raffles), Research Institute for the Languages and Cultures of Asia and Africa (Tokyo), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kyoto University dan juga Institute of Strategic and International Studies, Malaysia. Makalah beliau The Invention of Politics in Colonial Malaya (1995, 2002) and Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve of Colonial Rule (1982, 2016) antara yang dimasukkan dalam buku The Malays. Pada tahun 2017, beliau menerima Anugerah Merdeka atas “sumbangan beliau dalam penyelidikan dan pendidikan sejarah di Malaysia”.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US