Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa
Author: Ahmat Adam
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-583-5
Year: 2013
Weight: 0.350 kg
Pages: 200 pp
Price: RM42
Kendati pun sejarah orang Melayu dalam gerakan kebangsaan di
Malaysia telah pernah ditulis, tetapi tidak banyak pengarang yang dengan jelas
cuba mentakrifkan siapa dia yang disebut Melayu itu dan bagaimana, di sebalik
keterikatan orang Melayu kepada nilai-nilai tradisionalnya, agama Islam masih
tetap berperanan ampuh dalam mencitrakan budaya dan kerangka nilai bangsa ini
hingga ke zaman sekarang. Berbekalkan nilai-nilai inilah, baik yang bersifat
keagamaan mahupun adat, orang Melayu mengharungi perubahan menuju kemodenan dan
ini diejawantahkan dalam gerakan politik dan Islam radikal yang cuba
menggembleng orang Meayu menentang penjajahan British. Buku ini menghimpun kan
beberapa esei yang ditulis berdasarkan penyelidikan, untuk cuba membicarakan
sejarah asal-usul bangsa Melayu dalam konteks gugusan kepulauan Melayu,
pembentukan jati diri, dan kaitannya dengan gagasan” kemelayuan”, serta
kesedaran kebangsaan yang lahir sebelum Perang Dunia Kedua akibat sentuhan
pengaruh dari seberang Selat Melaka. Secara khusus buku ini menumpukan
perhatian kepada sejarah pertumbuhan dan perkembangan politik radikal dalam
kalangan orang Melayu dan cuba membahaskan tanggapan serta respons mereka
terhadap keberadaan bangsa-bangsa bukan Melayu dalam upaya pembentukan suatu
bangsa Malaya dan kemudiannya Malaysia.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.