​Memoir Abdul Latiff Mohamad Membina Keupayaan Sains Botani

RM35.00
9789672519607
In stock
+

Memoir Abdul Latiff Mohamad Membina Keupayaan Sains Botani

Author: Abdul Latiff Mohamad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672519607
Weight: 0.5kg
Pages:363pp
Year: 2023
Price: RM35

Hasrat untuk menulis suatu memoir peribadi telah mulai bercambah pada mindaku beberapa tahun sudah, semenjak aku bersara daripada perkhidmatan di Universiti Kebangsaa Malaysia (UKM). Walau bagaimanapun, suasana, keadaan dan masa tidak mengizinkankan berbuat demikian secara serius. Sepuluh tahun telah berlalu hanya pada 2 Julai 2014 sempena kontrakku tamat di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM aku telah bernekad bersungguh-sungguh untuk menulis dan menyelesaikan suatu memoir yang menulis sejarah kerjaya akademikku dalam bidang sains botani selama aku berkhidmat di menara gading kebangsaan ini. Sebenarnya aku telah lama teruja untuk menulis memoir ringkas ini setelah aku selesai membaca memoir pertama yang ditulis oleh warga universiti iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Salleh Lamry daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusia (FSSK) yang bertajuk "Memoir Mohamad Salleh Lamry - Guru Melayu Terakhir" yang  diterbitkan pada tahun 2009.

Secara kebetulan Mohamad Salleh Lamry adalah jiranku, aku tinggal di Taman Sahabat dan beliau di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang, dua taman perumahan yang bersebelahan. Kemudian aku telah pula membaca memoir Dr. Hailani Muji Tahir daripa Fakulti Pengajian Islam yang bertajuk "Memoir Hailani Muji Tahir - Jejak Lang Menuju Puncak" yang diterbitkan pada tahun 2013. Aku tidak mengenali dan tidak pernah berjumpa dengan beliau walaupun kami berada di universiti yang sama buat beberapa tahun. Kedua-duanya telah diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia yang menggambarkan sejarah dan perjalanan kerjaya akademik masing-masing yang berbeza tetapi sangat menarik kandungannya.

Aku sangat kagum dengan cara kedua-dua memoir itu telah ditulis dan selepas memoir warga UKM itu diterbitkan, ketandusan penulisan memoir dalam kalangan warga  akademik di UKM mulai terjelma walaupun aku telah membaca beberapa memoir biografi lain yang ditulis oleh penulis lain mengenai kerjaya warga universiti. Sebenarnya Dr. Mohd. Salleh Lamry telah juga tulis biografi arwah Dr. Ishak Saari, mantan rakan daripada Fakulti Ekonomi.

Walau bagaimanapun, sedang aku rancak menulis memoir ini aku telah dimaklum sendiri oleh rakanku daripada Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Rahman Embong bahawa beliau juga sedang menulis  memoirnya tetapi sentiasa tergendala oleh tugas seharian lain dan juga hal ehwal keluarga  Pada tahun 2018, aku telah dimaklumkan bahawa dengan diam-diam Prof. Emer. Dator Mohd. Zawawi Ismail mantan Dekan, Fakulti Sains di kampus Jalan Pantai Baru, mantan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan mantan Timbalan Naib Canselor UKM telah  menulis memoirnya, tetapi dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk "Defining Moment Memoir" dan telah diterbitkan pada tahun 2019. Sementara aku menunggu memoir lain diterbitkan aku telah berusaha untuk menyelesaikan memoirku terlebih dahulu. awal tahun 2021.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US