Memoir Abdullah C.D (Bahagian Ketiga)

RM48.00
9789672464921
In stock
+

Memoir Abdullah C.D (Bahagian Ketiga)

Author: Abdullah CD
Publisher: SIRD
ISBN: 9789672464921
Weight: 0.530
Pages: 326pp
Year: 2023
Price: RM48.00

Memoir Abdullah CD: Perjuangan di Kawasan Sempadan sehingga Perdamalan Terhormat lalah jilid ketiga dan terakhir siri memoir Abdullah CD. Buku ini menunjukkan pasukan Rejimen Ke-10 menjadi sebuah pasukan yang benar-benar teguh dan tabah memperjuangkan cita-cita kemerdekaan. Di akhir tahun 1950-an hingga awal 1960-an, sebahagian pasukan bersenjata dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya di kawasan sempadan dilanda awan mendung kecenderungan memberhentikan perjuangan bersenjata secara tidak berprinsip. Akan tetapi kerana asas perjuangan dan sokongan massa rakyat kawasan sempadan yang begitu mengkagumkan terhadap Rejimen Ke-10, kecenderungan negatif tersebut telah disanggah dengan semangat yang tinggi oleh para kader dan perajurit Rejimen Ke-10 sehingga pasukan pahlawan ini muncul sebagai pemegang panji perjuangan yang paling teguh. Pada 2 Disember 1989, sekali lagi kawasan sempadan telah menciptakan satu sejarah baru yang gagal tercipta dalam Rundingan Baling pada 1955. Sejarah ini ialah wujudnya perdamalan yang menamatkan konflik bersenjata peninggalan penjajahan British yang bermula dari Jun 1948. Terciptanya perdamaian secara terhormat tersebut telah membawa keamanan dan perdamaian untuk Malaysia dan kawasan sempadan Thailand-Malaysia sehingga ke hari ini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US