Menelusuri Jati Diri Srikandi Gaza

RM15.00
9789834617448
In stock
+

Menelusuri Jati Diri Srikandi Gaza

Authors: Zaharah Sulaiman
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834617448 
Tahun: 2015
Weight: 200 gm
Pages: 76 m/s
Price: RM15

Buku Menelusuri Jati Diri Srikandi Gaza merupakan rakaman peribadi penulis menjelajah bumi Palestin ketika terlibat dalam misi A2G12-ER. Penulisan yang digarap hasil pengalaman ini membawa para pembaca menelusuri jalan-jalan yang dirobek oleh tindakan Zionis di bumi Gaza. Bahkan, jalinan hati yang dipaterikan bersama-sama warga Gaza turut dirasai kehangatannya lewat penulisan ini. Ungkapan yang diluahkan oleh warga Gaza dalam kalangan ibu-ibu pejuang, isteri-isteri mujahid merupakan mutiara yang tersemat baik di kalbu para pembaca. Di dalamnya terkandung pesan-pesan persaudaraan Islam, paparan keberanian dan kelelakian (rijal) Islam, keindahan kesabaran dan ketulusan ibadah. Buku ini memaparkan pengorbanan ibu-ibu di Gaza dalam mendidik dan memupuk semangat juang yang kental ke dalam hati anak-anak mereka sejak kecil lagi. Sewajarnyalah mereka digelar srikandi Gaza dengan jati diri yang patut dicontohi dan diikuti. Selamat membaca buku Menelusuri Jati Diri Srikandi Gaza.

Pengalaman yang dikongsi oleh Dr. Zaharah Sulaiman yang bersama-sama misi A2G12-ER ialah gambaran satu pengalaman yang amat berharga. Bagi sebahagian besar aktivis yang pernah ke Gaza, pengalaman di medan itu tersemat kukuh di kalbu untuk menjadi bekalan hidup yang cukup bermakna. Namun bagi Dr. Zaharah, pengalaman itu dituangkan dalam bentuk memo yang dibukukan supaya dapat diterjemahkan untuk turut dihayati oleh semua yang ada rasa kasih kepada Palestin dan rindu untuk menjejak bumi berakah itu. ― Prof Madya Dar Hafizi Mohd Noor, Pengerusi MyCARE, Humanitarian Care Malaysia

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US