PRE ORDER Menuju Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah - Kulit Lembut

Old price: RM40.00
RM36.00
You save: RM4.00 (10%)
Save 10%
9789672007425
In stock
+

Cetakan kedua dijangka siap sebelum 25 Mei 2022

PRE ORDER Menuju Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah - Kulit Lembut

Author: Saari Sungib
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007425
Weight: 0.4 kg
Pages: 306 pp
Year: 2022
Price: RM40

Sebuah memoir perjuangan Saari Sungib atau juga lebih dikenali Abu Urwah. Kembali Kepada Fitrah ini merupakan jilid kedua daripada lima jilid penuh autobiografi penuh Saari Sungib yang diberi judul Menuju Puncak Redha.

---

Jika pucuk sifatnya menerima dan terus menerima, kini tiba masanya menjadi induk, memberi dan menyumbang kepada tunas-tunas muda pohon perjuangan. Begitulah perjalanan seterusnya bagi Saari Sungib yang dilakarkan dalam buku kedua memoir Mencari Puncak Redha: Kembali Kepada Fitrah, kini beliau bukan lagi anak mentah yang sekadar mengikut lentur takdir malah menjadi sosok yang memberi impak dalam sejarah kebangkitan Islam pada zaman 70-an dan dekad-dekad mendatang.

Saari yang menemui “Islam” dalam kembaranya di bumi Inggeris mula mendalami Islam dengan lebih intensif. Pada saat ini, beliau mula diberi tanggungjawab dan amanah yang lebih berat. Kepimpinannya digilap dan terserlah. Gelora emosi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebagai seorang pelajar, ketua keluarga dan pemimpin pelajar yang dihadapi menjadikan beliau tidak alah kepada dugaan dan cabaran yang menekan.

 ---

“Namun, sebagai seorang Muslim yang menyaksikan dengan jelas kesinambungan antara dunia dan akhirat, ada setingkat lagi lebih tinggi daripada politik nilai yang menunjangi kepimpinan moral. Tingkatan itu yang telah menjadi prinsip penyempurna al-Ghazali atas perbahasan etika Nichomachean oleh Aristotle, dan perkara itu disampaikannya kepada penguasa-penguasa Malik Shah dan Nizam al-Mulk yang memerintah dinasti Seljuq tatkala itu – darihal pentingnya mencapai kebahagiaan (alsa‘adah) di akhirat melalui keredhaan Allah SWT, maka cocok sekali dengan judul memoir ini – Menuju Puncak Redha. Yang demikian menggambarkan sasaran ukhrawi yang jelas ingin  dicapai oleh Abu Urwah dalam perjuangan politiknya yang kini telah mencecah lebih tiga dekad.”

Anwar Ibrahim


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US