Menyurat Pesanan Perdana

RM38.00
9789832344964
In stock
+

Menyurat Pesanan Perdana

Author: Mohd. Tajudin bin Haji Abdul Rahman

Publisher: Gerakbudaya

ISBN: 9789832344964

Year: 2018

Weight: 0.270 kg

Pages: 284 pp

Price: RM38

MENYURAT PESANAN PERDANA merupakan sebuah novel yang digarap dalam bentuk surat menyurat (emel) antara dua orang sahabat yang telah lama berpisah – Datuk Haji Fadzil Ibrahim, seorang pemimpin politik di peringkat akar umbi dengan seorang sahabatnya yang merupakan seorang pesara kerajaan (melalui watak Saya).

Kisahnya bermula apabila mereka bertemu dalam satu reunion para pelajar sekolah menengah mereka (lepasan tahun 1960-an) di Bandar Perda, Butterworth. Dengan perjumpaan itu, bermulalah emel antara mereka.

Kisah pertama bermula dengan nasihat sang sahabat kepada Datuk Haji Fadzil Ibrahim tentang peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin politik di peringkat akar umbi. Nasihat-nasihat dan motivasi tersebut berpandukan kata-kata dan pesanan yang pernah diungkapkan oleh Tun Abdul Razak dalam tahun-tahun 1960-an dahulu untuk dijadikan pedoman kepada sahabatnya itu yang masih aktif dalam dunia politik setempat.

Kisah dilanjutkan lagi dengan harapan-harapan sang sahabat tersebut kepada Datuk Haji Fadzil supaya beliau meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Tun Abdul Razak – antara memajukan kawasan luar bandar, memartabatkan bahasa Melayu, sistem pendidikan kebangsaan, kebudayaan dan juga agama Islam dalam usaha negara menuju ke Tranformasi Nasional (TN50) pada tahun 2050 nanti.

Di samping itu, disentuh juga konflik yang dihadapi oleh Datuk Haji Fadzil Ibrahim sebagai pemimpin politik di peringkat akar umbi yang berhadapan dengan masalah-masalah sosial setempat seperti kehadiran para pendatang asing, penanaman pokok ketum, pengaruh media sosial, ajaran sesat serta pendidikan agama yang berlaku di kawasan sahabatnya.

Novel berbentuk surat menyurat ini diakhiri dengan usaha Datuk Haji Fadzil Ibrahim yang masih meneruskan usahanya untuk menubuhkan sebuah pusat tahfiz moden di kawasannya dan harapannya kepada Datuk Haji Fadzil Ibrahim apabila Dasar Tahfiz Negara dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan April 2016.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US