Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam
Author: Ahmad Sunawari Long
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674120511
Weight: 200
Pages: 140
Year: 2015
Price: RM25
Kehidupan seharian individu terlibat dengan penyelidikan sama ada secara langsung atau sebaliknya. Memerhati dan berkomunikasi dalam mencari maklumat atau kesahihan berita adalah antara bentuk metod penyelidikan. Islam agama yang rasional serta menolak budaya taqlid dan sikap rigid menggesa penganutnya menjalankan penyelidikan. Hati, fikiran dan pancaindera dianugerahkan Tuhan supaya makhluk rasional mencari kebenaran dan hikmah. Sehubungan itu segala maklumat yang diragui kebenaran perlu dianalisis dan diselidiki terlebih dahulu. Budaya penyelidikan sama ada dalam bidang sains sosial atau sains tulen telah menjadi cara hidup ilmuwan Islam pada zaman keemasan pada abad pertengahan. Namun hari ini budaya tersebut menjadi dokongan ilmuwan Barat dan negara maju lain seperti Korea dan Jepun. Sekalipun banyak penyelidikan dilakukan dalam pengajian Islam, kebanyakannya masih lagi terfokus kepada isu tradisi seperti tafsir, hadis, fikh dan akidah. Metodologi kajiannya pula lebih tertumpu kepada kajian dalam bidang berkenaan pula dianggap kurang saintifik kerana pendekatan metodologi dan analisis data mengabaikan prinsip yang digariskan dalam ilmu kaedah penyelidikan moden. Buku ini cuba mengangkat piawai penyelidikan pengajian Islam supaya tidak terlepas daripada gabungan pendekatan saintifik yang kualitatif dan kuantitatif serta menerokai permasalahan baru yang menyentuh isu kontemporari ummah dan bersifat futuristik. Namun demikian, aspek epistemologinya yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah tidak dikesampingkan. Metodologi penyelidikan yang dibangunkan oleh sarjana Barat tidak diketepikan begitu sahaja, sebaliknya disaring dan disesuaikan dengan neraca Islam. Sesungguhnya buku ini merupakan satu usaha murni yang menjambatankan dunia penyelidikan tradisi Islam dengan metodologi penyelidikan saintifik kontemporari yang menjamin hasil penyelidik Muslim bersifat sah dan boleh dipercayai.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.