​Minyak Dan Coklat Berkalori Rendah

RM30.00
In stock
+

Minyak Dan Coklat Berkalori Rendah

Author: Aftar Mizan Abu Bakar & Izzreen Ishak
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672388784
Weight: 0.266kg
Year: 2020
Page: 168
Price: RM30

Pengambilan minyak dan lemak yang berlebihan telah menimbulkan kerisauan kerana boleh menjejaskan kesihatan manusia. Pada tanggapan orang ramai, makanan haruslah bebas dari minyak dan lemak sebab kehadirannya yang berlebihan dalam makanan boleh menyebabkan penyakit seperti hipertensif, penyakit jantung, obesiti dan lain-lain. Namun begitu, dengan meningkatkan kesedaran manusia terhadap kesihatan mereka, maka adalah dicadangkan bahawa pengambilan jumlah kalori harus dikurangkan dan pemilihan makanan yang lebih sihat diamalkan terutamanya produk makanan yang berlemak dan berminyak. Dengan ini, kesedaran pengguna terhadap kesihatan telah merangsangkan penghasilan produk lemak berkalori rendah. Buku ini akan menerangkan secara jelas kepentingan coklat gelap berstruktur berkalori rendah terhadap kesihatan serta penghasilan coklat tersebut. 

Buku ini fokus kepada penghasilan gantian lemak koko berstruktur melalui proses asidolisis berenzim dengan campuran asid lemak berantai sederhana (C8:0-asid kaprilik) serta penghasilan coklat gelap berstruktur berkalori rendah. Di dalam penyelidikan ini, gantian lemak koko dihasilkan melalui pengadunan antara tiga jenis lemak/minyak iaitu fraksi pertengahan sawit, minyak kelapa dara dan minyak kanola yang dipilih berdasarkan kelebihan spesifik masing-masing. Gantian lemak koko berstruktur yang terhasil diadunkan dengan lemak koko pada nisbah yang berlainan untuk pembuatan coklat. Sebagai kesimpulan, kajian haiwan makmal mendapati serum lipid darah tikus yang mengandungi asid lemak berantai sederhana ini boleh memberi kesan ke atas penurunan kolesterol jumlah, kolesterol LDL dan TAG serta meningkatkan HDL dan berpotensi menurunkan berat badan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US