Misteri Pulau Besar
Author: Ibnu Ibrahim At-Tawari
Publisher: Karya Publika
ISBN: 9789672394259
Weight: 390 gm
Pages: 397 pp
Year: 2022
Price: RM29.90
PULAU BESAR merupakan antara lokasi tumpuan di negeri Melaka yang banyak dikaitkan dengan kisah misteri, mistik dan legenda. Tak kurang juga kisah-kisah seram, hantu atau gangguan makhluk halus terhadap segelintir pengunjung yang datang bercuti ke sini. Ada pendapat mengatakan bahawa pengunjung yang diganggu oleh makhluk halus tersebut disebabkan oleh keceluparan mulut, biadap, melanggar pantang dan larang juga tidak menghormati tatasusila kesucian pulau dan lain-lain lagi.
Para pelancong dari dalam dan luar negara sering melawati pulau ini atas pelbagai tujuan dan keperluan. Ada yang ingin berehat dan bersiar-siar, ada yang ingin menghabiskan cuti dengan menikmati keindahan deruan ombak dan bermandi-manda bersama keluarga di sini. Dan ada juga pengunjung yang datang ke Pulau Besar ini untuk menunaikan hajat. Tak kurang juga yang datang ke sini untuk melakukan aktiviti-aktiviti khurafat seperti menurun, meminta nombor ekor, meminta jodoh, mencari makhluk halus untuk dipelihara dan lain-lain lagi.
Sekitar abad ke-15, pulau ini masyhur sebagai tempat persinggahan para nelayan dan pedagang yang melalui Selat Melaka untuk mendapatkan bekalan air bersih, makanan serta kayu api sebelum menunggu giliran untuk berlabuh di Pelabuhan Melaka. Peranan Pulau Besar sebagai pusat bekalan air bersih turut diakui oleh Ma Huan (1970) dalam karyanya yang berjudul Ying-Yai Sheng Lan yang menyatakan bahawa Pulau Besar digelar sebagai Pulau Air atau Wu Shu oleh para pedagang China, Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan beberapa perigi lama yang dianggarkan berusia melebihi ratusan tahun ai sekeliling pantai Pulau Besar. Kedudukan perigi-perigi itu pula hanya beberapa meter sahaja dari kawasan pantai.
Adakah perigi-perigi itu masih boleh digunakan sebagaimana zaman dahulu atau ia hanya tinggalan sejarah? Apakah pula cerita mistik yang pernah terjadi di Pulau Besar terhadap penduduknya dan juga para pelancong?
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

